feedburner

Lorem ipsum dolor sit amet,
consectetur adipisicing elit,
sed do eiusmod tempor incididunt ut labore
et dolore magna aliqua.

Utusan Online - Pendidikan

sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Semesta kekal rekod sekolah terbaik 5 tahun

Posted:

Semesta kekal rekod sekolah terbaik 5 tahun

Semesta kekal rekod sekolah terbaik 5 tahun

RAUB 26 Dis. - Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta) di sini mengekalkan rekod apabila menjadi sekolah terbaik selama lima tahun berturut-turut di negeri ini selepas 103 daripada 128 pelajarnya memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.

Pengetua Semesta, Kamaruddin Kasim berkata, pencapaian 81 peratus semua A itu membuktikan perancangan yang baik dan usaha bersungguh-sungguh mampu meraih kejayaan cemerlang.

Katanya, sekolah itu memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.01 berbanding 1.02 tahun lalu dan 1.05 pada 2008.

"Mata pelajaran yang mendapat 100 peratus A tahun ini juga meningkat daripada tiga kepada lima subjek iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Geografi dan Kemahiran Hidup," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, pada tahun lalu seramai 108 daripada 125 pelajar atau 86.4 peratus memperoleh semua A dalam PMR.

Beliau berkata, pada 2005 seramai 88 pelajarnya mendapat 8A atau 63.31 peratus (GPS 1.096) dan pada 2006 seramai 81 pelajar mendapat 8A atau 65.32 peratus (GPS 1.105).

Pada 2007 katanya, seramai 95 pelajar mendapat 8A atau 67.86 peratus dengan GPS 1.059 manakala pada 2008 seramai 94 pelajar mendapat 8A dengan 73.44 peratus dan GPS 1.05.

"Amalan budaya kerja yang diterapkan seperti membina sikap bertanggungjawab terhadap diri dan organisasi banyak mendorong pencapaian cemerlang ini," katanya.

"Guru dan pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan kerana ia memberi kesan positif terhadap kecemerlangan pendidikan.

"Konsep ini diterapkan kepada tenaga pengajar dan pelajar supaya mereka sentiasa berusaha keras mencapai yang terbaik dalam semua bidang diceburi," katanya.

Menurut Kamaruddin, guru dan pelajar juga digesa menjauhi sindrom selesa bagi mengelakkan mereka leka terhadap tanggungjawab masing-masing.

Beliau juga memuji peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Alumni SEMESTA dan masyarakat yang sentiasa membantu terutama di segi penyaluran dana.

Sementara itu, pelajar terbaik PMR 2010 SEMESTA, Shamsul Ammar Shamsul Baharin, 16, berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mula bersekolah pada usia 5 tahun

Posted:

Mula bersekolah pada usia 5 tahun

Mula bersekolah pada usia 5 tahun

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my


KERAJAAN sedang menjalankan kajian terperinci sama ada kanak-kanak wajib bersekolah mulai usia lima tahun atau tidak. - Gambar hiasan.


Dalam sistem persekolahan sekarang, kanak-kanak mula wajib bersekolah pada usia tujuh tahun. Bagaimanapun, baru-baru ini, Makmal Pembangunan Belia menca- dangkan supaya umur persekolahan dimulakan seawal lima tahun seperti yang telah dilaksanakan oleh keba- nyakan negara maju.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa yang diterajui Ketua Pengarah Pelajaran akan meneliti perkara tersebut sebelum keputusan muktamad pelaksanaannya diumumkan.

Hakikatnya, di negara kita, kanak-kanak seawal usia empat tahun sudah dihantar mengikuti pendidikan prasekolah khususnya di kawasan bandar. Manakala di kampung dan kawasan pedalaman, kanak-kanak mula mengikuti pendidikan prasekolah pada usia lima tahun atau enam tahun. Bergantung kepada kemudahan prasarana untuk pendidikan tersebut.

Pendidikan prasekolah adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1992. Malah, kini ia menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan sasaran sebanyak 87 peratus kanak-kanak di negara ini mengikuti pendidikan prasekolah pada 2012 dan 97 peratus menjelang 2020.

Melihat kepada senario ini jelas bahawa kanak-kanak berusia lima tahun sudah pun mula bersekolah. Bezanya mereka tidak memakai pakaian seragam yang sama dan tidak pergi ke bangunan bernama 'sekolah'.

Pendidikan prasekolah diadakan di premis yang berbeza infrastruktur bergantung kepada pengendalinya. Kebanyakan prasekolah swasta beroperasi di rumah atau ruang bangunan yang disewa. Manakala prasekolah kerajaa biasanya diadakan di balai raya atau bangunan sendiri. Namun begitu, dari aspek kurikulum kini telah diseragamkan. Semua pengendali pendidikan prasekolah - kerajaan dan swasta - menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (NPCS). Guru dan pembantunya juga wajib mengikuti kursus latihan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Semua guru prasekolah mesti memiliki ijazah. Sebelum ini, syarat minimum ialah mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE). Itu sudah tidak mencukupi dan perlu dinaik taraf serta latihan semula.

KPM dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan seramai 6,580 guru prasekolah swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah selesai menjalani latihan bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti pendidikan awal murid di seluruh negara.

Daripada 6,580 guru yang telah dilatih, 3,299 guru dilatih oleh 10 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan pusat latihan swasta, sementara bakinya dilatih oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan guru (IPG).

Kerajaan akan melatih 21,000 guru prasekolah sepanjang tempoh 2010 hingga 2012 di bawah GTP untuk menampung 700,000 tenaga pengajar bagi pelajar prasekolah di seluruh negara.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Hamdan kini Ketua JSJ Negeri Sembilan

Posted:

Hamdan kini Ketua JSJ Negeri Sembilan

Hamdan kini Ketua JSJ Negeri Sembilan


MOHD. ZAKI (kiri) bersalaman dengan Hamdan sambil diperhatikan Abd. Manan pada Majlis Serah Tugas JSJ Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban baru-baru ini.


SERAH TUGAS. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Negeri Sembilan yang baru, Senior Asisten Komisioner Hamdan Majid menggantikan Senior Asisten Komisioner Zaki Masroh pada majlis serah tugas di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan baru-baru ini.

Zaki dipindahkan ke Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah Pencegahan.

Hamdan sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua JSJ Kontinjen Melaka berazam akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pasukan polis dan masyarakat tempatan.

"Saya akan berusaha sedaya upaya bagi membawa JSJ ini ke tahap yang diharapkan," katanya.

Majlis serah tugas itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd. Manan Hassan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pelajar KDU lawat Pusat Maklumat Dell

Posted:

Pelajar KDU lawat Pusat Maklumat Dell

Pelajar KDU lawat Pusat Maklumat Dell


PARA pelajar Kolej KDU Kampus Pulau Pinang bergambar kenangan semasa membuat lawatan ke Pusat Maklumat Dell di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.



PENGALAMAN. Kunjungan seramai 50 penuntut Jabatan Teknologi Maklumat Kolej KDU Kampus Pulau Pinang ke Pusat Maklumat Dell, Bayan Lepas Pulau Pinang baru-baru ini memberi pengalaman berharga.

Selain taklimat mengenai peluang kerja dalam bidang teknologi maklumat dan komputer, mereka turut berpeluang melihat teknologi terkini yang dimiliki kilang pembuatan komputer terbesar dunia itu.

Menurut Ketua Jabatan Teknologi Maklumat KDU Pulau Pinang, Amy Leow, lawatan tersebut adalah sebahagian daripada pendedahan pihak kolej kepada pelajar mengenai kerjaya yang bersesuaian dengan pengajian mereka.

Katanya, para pelajar juga diberi peluang bertukar-tukar pandangan dengan jurutera di situ sekali gus melengkapkan diri mereka sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Megabait

sumber :-

Utusan Online - Megabait


iPad mengecam tumbuhan

Posted:

iPad mengecam tumbuhan

iPad mengecam tumbuhan

Rencana dan gambar
ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my


Penggunaan iPad memudahkan proses pengecaman tumbuhan.


MAKLUMAT kini hanya di hujung jari. Masakan tidak, anda hanya perlu duduk di hadapan komputer, tekan sahaja papan kekunci dan tetikus seterusnya pilih apa sahaja maklumat yang dikehendaki.

Sama ada maklumat tersebut mengandungi unsur positif mahupun negatif ia terpulang kepada anda untuk menilai baik buruk maklumat yang dipaparkan.

Namun bagi yang tahu akan kelebihan serta manfaat teknologi maklumat tanpa sempadan tersebut pastinya ia tidak akan disia-siakan.

Mengambil kesempatan terhadap perkembangan teknologi yang rancak kini, Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah Fakulti Perhutanan memperkenalkan satu sistem pengecaman tumbuhan menggunakan teknologi terkini.

Lebih membanggakan, teknologi tersebut turut diterapkan dalam bidang penyelidikan perhutanan universiti tersebut, iaitu di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), Puchong, Selangor.

Sistem tersebut melibatkan penggunaan gajet pintar iPad keluaran Apple serta kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi).

Ketua Seksyen Hutan dan Ladang, Fakulti Perhutanan, UPM, Dr. Paiman Bawon menjelaskan, idea menggunakan iPad serta internet untuk tujuan mengenali tumbuhan telah lama beliau fikirkan.

Ia direalisasikan dengan bantuan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM.

Jika dahulu pelajar serta pengkaji perlu membawa buku rujukan ketika membuat latihan praktikal pengecaman tumbuhan, namun kini tidak perlu berbuat demikian lagi.

"Penggunaan iPad bertujuan memudahkan proses pengecaman serta pengenalan spesies tumbuhan selain menawarkan data yang lebih banyak.

"Pihak UPM, Fakulti Perhutanan khususnya telah memperuntukkan sebuah kawasan khas untuk ditanam dengan tumbuhan herba serta dilengkapi dengan kemudahan WiFi di sekitarnya," jelasnya.

Paiman yang ditemui di pejabatnya di HSAH baru-baru ini berkata, kemudahan Internet serta iPad telah dilaksanakan awal 2010.

Tambah beliau, pengkaji hanya perlu membawa iPad ketika melakukan pengecaman dalam masa yang sama mengakses laman web yang disediakan oleh Fakulti Perhutanan untuk mendapatkan maklumat serta data berkenaan tumbuhan yang terdapat di dalam kawasan khas tersebut.

Bagaimanakah sistem tersebut berfungsi?

Pastinya setiap tumbuhan yang ada di dalam kawasan khas tersebut terlebih dahulu akan dikenal pasti oleh Renjer Hutan UPM yang berkhidmat di HSAH.

Kemudian setiap tumbuhan akan ditandakan dengan nombor kod tertentu untuk memudahkan penyelidik menyemak melalui laman web yang tersedia dengan menggunakan iPad .

"Dari situ terus terpapar maklumat lengkap berserta gambar tumbuhan yang sedang dikenal pasti," katanya.

Justeru, pengkaji tidak perlu membawa spesimen tumbuhan ke makmal untuk tujuan pengecaman malah ia boleh dilakukan serentak di dalam kawasan hutan HSAH.

Jelas Paiman, pihak Fakulti Perhutanan juga dalam proses untuk menambah bilangan iPad serta berusaha memperluaskan kawasan hutan khas tersebut.

Sehingga kini, pihaknya telah menyediakan sebuah kawasan yang di penuhi tumbuhan herba lengkap bersama data serta kod.

Paiman menambah, teknologi tersebut boleh digunakan untuk tumbuhan lain terutamanya spesies pokok balak.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melayari laman web Fakulti Perhutanan di www.forr.upm.edu.my atau menghubungi terus ke pejabat fakulti di talian 03-89467162.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Yes, dunia baru Internet mobiliti

Posted:

Yes, dunia baru Internet mobiliti

Yes, dunia baru Internet mobiliti

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN


YES ZOOM


KELAJUAN mengakses Internet lima kali lebih laju daripada capaian rangkaian 3G. Itu antara kelebihan yang ditawarkan oleh perkhidmatan terbaru Internet 4G Yes yang dibawakan oleh YTL Communications Sdn. Bhd.

Melengkapkan inovasi teknologi itu, Yes turut menawarkan gabungan perkhidmatan komunikasi data bersama suara.

Menurut Pengerusi Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd., Tan Sri Francis Yeoh, pengenalan Yes merupakan titik permulaan era baru bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini.

''Integrasi penyelesaian ini bakal menawarkan prestasi capaian Internet terbaik, harga lebih murah dan pengalaman pengguna intuitif.

''Yes membenarkan penyepaduan aktiviti komunikasi data dan suara seperti panggilan telefon, panggilan video, bersembang dalam talian, akses muzik dan video serta khidmat pesanan ringkas (SMS)

''Sehingga kini, sebanyak 65 peratus kawasan Semenanjung Malaysia telah dilengkapi dengan liputan khidmat Yes,'' katanya pada pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sesuatu yang unik mengenai Yes, rangkaian operasinya tidak melibatkan sokongan kad sim, sebaliknya pengguna akan dibekalkan dengan pengenalan Yes ID iaitu nombor telefon 018.

Dengan hanya satu maklumat pengenalan itu, pengguna akan dapat mengakses pelbagai perkhidmatan komunikasi secara serentak menggunakan apa juga peranti.

Ia merangkumi pelan panggilan, Internet bergerak dan jalur lebar mudah alih.

Kesemua kemudahan itu akan disepadukan menggunakan perkhidmatan protokol Internet (IP) dikenali sebagai Yes Life.

''Pelarasan rangkaian ini bakal memberi peluang kepada pengguna berkomunikasi secara lebih bebas dan fleksibel,'' jelasnya.

Menerusi Yes Life, pengguna akan disediakan dengan akaun profil sendiri beserta alamat e-mel Yes Mail, akaun pengurusan foto Yes World dan akses senarai kontak secara dalam talian.

Melalui cara itu, pengguna diberi jaminan tidak akan kehilangan senarai kontak selain boleh mengaksesnya pada bila-bila masa sama ada melalui peranti telefon bimbit atau pun komputer.

Apa yang paling peting, pengguna Yes juga tidak perlu membayar caj yang tinggi setiap kali mengaktifkan perkhidmatan perayauan dari luar negara.

Untuk servis suara, Yes menyokong enam laluan panggilan suara dan empat laluan panggilan video secara serentak.

Dari segi kos, Yes menawarkan kadar harga tiga kali lebih rendah berbanding pakej Internet mobiliti yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telekomunikasi tempatan.

Ia mengetengahkan konsep bayar untuk apa yang digunakan dengan kos hanya RM0.09 untuk kapasiti penggunaan data setiap tiga megabit (MB), satu minit panggilan telefon dan satu SMS.

Lebih menarik, kadar minimum penggunaan Yes pula hanya ditawarkan pada kadar pra bayar RM30 tanpa ikatan kontrak untuk pelan semua dalam satu.

Nilai kredit juga Yes tidak tertakluk kepada sebarang tarikh tamat tempoh selain tawaran rebat sebanyak 30 peratus akan diberi kepada penggunaan data yang tinggi.

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Yes boleh mengunjungi rangkaian Yes Flagship Store atau layari laman web www.yes.my.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Agrobiz

sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Agrochallenge

Posted:

Agrochallenge

Agrochallenge

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN


TUGASAN menuai padi di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang melengkapkan cabaran Agrochallenge pada hari keempat.


PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010 yang berakhir 5 Disember lalu telah mencatat pelbagai kejayaan membanggakan.

Selain penyertaan menggalakkan usahawan dari dalam dan luar negara, pameran dwi tahunan itu turut menerima seramai 2.66 juta pengunjung melebihi jangkaan 1.5 juta pada peringkat awal.

Bagi yang berkesempatan mengunjungi pameran tersebut, pengalaman itu pastinya sedikit sebanyak membantu meningkatkan pengetahuan mengenai industri asas tani.

Ia juga dilihat mampu membuka mata dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap potensi sektor pertanian yang boleh menjana pendapatan lumayan.

Sepanjang sepuluh hari berlangsung, MAHA International 2010 bukan sahaja menyajikan aktiviti berkaitan pameran teknologi pertanian dan penternakan, malah turut dimeriahkan dengan penganjuran pelbagai pertandingan berkaitan.

Antara yang mendapat perhatian adalah pertandingan cabaran perlumbaan agro, Agrochallenge MAHA 2010 anjuran Kelab Usahawan Tani Malaysia (Kuat) dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Memasuki tahun ketujuh penganjurannya, pertandingan yang berlangsung selama enam hari bermula 26 November hingga 1 Disember 2010 itu bermatlamat mempromosikan sektor pertanian dan agro pelancongan negara.

Ia melibatkan persinggahan ke empat lokasi pertanian iaitu sekitar Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang, Taman Pertanian Bukit Cahaya Alam, Shah Alam, Pusat Homestay Sungai Sireh, Tanjung Karang dan berakhir di Homestay Kampung Sedia, Cameron Highland.

Lebih 100 peserta daripada kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), jabatan kerajaan, agensi-agensi di bawah MoA dan orang awam telah menyertainya.

Menurut Pengarah Projek Agrochallenge MAHA 2010, Aminuddin Mohamad, program itu mengetengahkan pendekatan hiburan dan santai bertujuan memberi keseronokan serta ilmu pengetahuan kepada para peserta.

"Kita mahu mengambil kesempatan sempena MAHA 2010 untuk membawa para peserta mendekati, memahami serta terlibat secara langsung dengan aktiviti pertanian dan penternakan.

"Dengan tema Lihat dan Percaya, cabaran tahun ini memilih lokasi persinggahan daripada kalangan pengusaha-pengusaha projek pertanian dan penternakan yang telah sukses.

"Melalui cara ini, para peserta dapat melihat sendiri kejayaan yang telah dikecapi pengusaha-pengusaha ini dan seterusnya mengikut jejak langkah mereka,'' jelasnya.

Aminuddin menambah, program itu turut bermatlamat mendedahkan para peserta dengan penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian dan penternakan.

Katanya lagi, dia amat berpuas hati dengan penyertaan para peserta Agrochallenge tahun ini kerana kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda.

"Kita memang mengharapkan generasi muda untuk terlibat dalam program ini terutama para pelajar universiti kerana mereka lebih mudah memahami dan menerima perubahan dari sudut teknologi dan inovasi,'' jelasnya.

Sesuatu yang unik bagi penganjuran Agrochallenge MAHA 2010 kali ini, perjalanan keseluruhan aktivitinya telah dirakam untuk diterbitkan dalam bentuk program televisyen 13 episod.

Ia bakal disiarkan di saluran Astro Prima sekitar awal tahun depan.

Bagi menambah kemeriahan, perlumbaan itu turut disertai beberapa selebriti daripada program-program hiburan realiti televisyen seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak dan juga MyStar LG.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penjagaan pokok nangka

Posted:

Penjagaan pokok nangka

Penjagaan pokok nangka


MUSIM berbuah pokok nangka boleh berubah mengikut iklim dan kesuburan.


BUAH nangka tergolong dalam keluarga Moraceae dan ia amat sesuai ditanam dikawasan tropika. Musim berbuah boleh berubah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan pokok.

Biasanya ia berbuah sepanjang tahun dengan mula mengeluarkan hasil yang baik selepas tiga tahun ditanam.

Nama saintik bagi pokok nangka ialah Artocarpus hytereophylus.

Manakala jarak tanaman yang sesuai ialah 9 meter (m) x 9 m dengan menggunakan sistem segi empat sama.

Bagi anak pokok nangka yang baru ditanam, kerja penyelenggaraan seperti kerja menyiram, kawalan rumpai, pembajaan, pemangkasan dan kawalan penyakit serta perosak perlu dilakukan secara berterusan bagi menjamin pengeluaran buah yang baik dan berkualiti.

Pokok nangka mudah dibiak dengan menggunakan kaedah cantuman mata tunas.

Pokok yang berjaya dicantum perlu diletakkan di bawah naungan dan sesuai ditanam apabila pokok berumur lima bulan dan ke atas selepas dicantum.

Pokok nangka yang disyorkan ditanam adalah seperti J27, J29, J30, J31, J33, nangka mastura USM 2000, CJ 3 dan CJ 6.

Buah nangka boleh dimakan segar dan diproses.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Stailo

sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Disiplin fesyen lelaki cornrows

Posted:

Disiplin fesyen lelaki cornrows

Disiplin fesyen lelaki cornrows

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR



FESYEN rambut merupakan satu trend yang sudah berkembang sejak ribuan tahun dahulu. Memang tidak dinafikan dalam fesyen mahkota kepala, ia biasanya dijuarai oleh kaum wanita. Bagaimanapun, dalam arus kemodenan hari ini nampaknya sang jejaka juga sudah semakin sensitif dengan fesyen rambut.

Sama ada stail rambut digayakan mengikut aliran muzik yang diminati atau mahu tampil kemas kerana membawa gelaran lelaki metroseksual, apa yang pasti fesyen rambut lelaki semakin meluas.

Di sekeliling anda hari ini, anda boleh melihat ada lelaki yang tampil dengan stail rambut cacak (spike), afro, dreadlock, rebonding, mohawk malah di Malaysia semakin ramai jejaka memilih menggayakan rambut ala selebriti jejaka Jepun dan Korea.

Mengenali potongan rambut popular lelaki, secara ringkasnya rambut afro iaitu potongan rambut yang berbentuk bulat dan keriting pernah menjadi kegilaan masyarakat kulit hitam pada pertengahan era 60-an.

Sementara itu, bagi stail rambut dreadlocks pula ia cukup sinonim dengan kumpulan pemuzik reggae.

Meskipun stail rambut berkenaan berasal dari Afrika Selatan, tetapi pada hari ini ia sudah menular di serata dunia termasuklah di Amerika Syarikat, Eropah dan India.

Minggu ini, Stailo cuba mencungkil cerita mengenai gaya rambut cornrows. Dua selebriti iaitu penyanyi Reshmonu dan jurusolek Epie Temerloh berkongsi kisah bagaimana mereka menjaga rambut cornrows.

Fesyen rambut tersebut telah diperkenalkan pada tahun 1963 berasal dari benua Afrika. Pada mulanya cornrows hanya digayakan oleh bangsa Habsyah.

Gaya rambut seperti pintalan seakan barisan jagung itu mula popular setelah muzik hip-hop meletus pada tahun tahun 90-an. Sejak itu gaya itu diterima ramai termasuklah golongan selebriti.

Bagi Reshmonu dan Epie Temerloh pemilihan gaya rambut itu adalah demi kepuasan diri mereka yang inginkan konsep gaya rambut tersendiri.

Reshmonu atau nama sebenarnya, Hiresh Haridas sudah enam tahun menggayakan rambut jenis cornrows yang merupakan jalinan rambut yang ditocang halus.

Kos tinggi

Pernah tampil dengan album studio berbahasa Inggeris berjudul Monumental dan Superfine, selain album repackaged Monumental: The Journey Continues, Reshmonu merupakan penyanyi yang berjaya memperkenalkan diri dalam kalangan peminat muzik menerusi gaya rambut dan fesyen yang unik.

Katanya yang kini berusia 34 tahun, dia masih menggunakan gaya itu sehingga kini kerana fesyen itu telah menjadi signatur untuk dirinya.

"Cuma kini rambut ini pendek sedikit berbanding dahulu. Bila pendek lagi senang nak jaga. Masa nak tidur pun boleh terus tidur, tanpa perlu membuat sanggul atau dibalut dengan tuala.


GAYA rambut cornrows begitu sinonim dengan Reshmonu selepas menggayakannya sejak enam tahun lalu.


"Barangkali orang sekeliling memikirkan stail rambut sebegini membebankan. Tetapi saya suka dan selesa. Lagipun secara tidak langsung individu dapat mengenali Reshmonu yang berimej seperti ini atau lebih tepat ia membezakan saya dengan artis lain di Malaysia," kata Reshmonu ketika ditemui Stailo di Vanity Mansion Club, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Reshmonu yang pernah memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004, penampilan terbaru dengan cornrows yang lebih pendek memudahkannya menguruskan rambut setiap hari.

"Dari aspek penjagaan, setiap hari saya mencuci rambut menggunakan air saja, manakala dua minggu sekali saya akan menjalani proses mencuci dan merapi," jelasnya yang bakal melancarkan album pertama kumpulannya tahun hadapan.

Tidak seperti potongan rambut pendek atau cacak, stail rambut cornrows memerlukan kos penjagaan yang tinggi. Setiap kali mendapatkan khidmat dandanan rambut, Reshmonu akan membelanjakan sebanyak RM400.

Menyambung bicara, bapa kepada Maureece Nikhail dan Tyreece Nikhail itu menjelaskan dalam sebulan dia melakukan di antara tiga atau empat kali dandanan bagi memastikan pintalan rambut sentiasa nampak kemas.

Siapkan rambut 10 jam

Sementara itu, bagi Epie Temerloh, 23, kerana memiliki rambut cornrows yang agak panjang dia perlu mengutamakan kebersihan dan penjagaan rapi.

Pemilik nama sebenar, Ahmad Firdaus Abdul Aziz itu mula terdetik menggayakan fesyen tersebut ketika berdampingan bersama Julia Ziegler di karpet merah pada satu majlis berbentuk hiburan tahun lalu.

Kata Epie yang pernah merias wajah selebriti Bienda, Shiela Rusly dan Wan Sharmila, sejak memilih fesyen rambut cornrows, orang ramai mula mengenai Epie yang sinonim dengan rambut pintal.

"Tidak dinafikan ramai yang kurang mengecam wajah saya tetapi apabila menyebut jurusolek rambut pintal, barulah mereka mengangguk kenal (ketawa).

"Membuat rambut seperti ini memerlukan disiplin yang tinggi kerana memerlukan penjagaan yang rapi agar kelihatan bersih dan kemas," katanya yang kadangkala terpaksa menunggu di antara tujuh hingga 10 jam untuk membolehkan pendandan rambut berbangsa Afrika menyiapkan rambutnya.

Tambah anak keenam dari tujuh adik-beradik itu, dia akan menghabiskan masa sehingga satu jam sebelum tidur dan selepas bangun untuk merapi rambut.

"Sebelum tidur saya akan cuci dan balut dengan tuala serta dengan kemas agar rambut itu sihat dan tidak tercemar.

"Ketika bangun pula saya perlu mencuci dan melakukan beberapa rawatan rambut," cerita Epie yang mula berkecimpung dalam bidang solekan seawal usia 15 tahun.

Ujar Epie, dia memang sanggup

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Barbie rona hitam

Posted:

Barbie rona hitam

Barbie rona hitam


KOLEKSI busana Barbie Loves dihasilkan untuk disarungkan pada patung Barbie selain menjadi dres yang dijual di butik Salabianca.


JIKA sebelum ini rona merah jambu dan gaun kembang merupakan signatur utama pakaian Barbie tetapi kini koleksi busana Barbie jenama Salabianca menampilkan kelainan secara total.

Jenama Salabianca yang sememangnya popular dengan konsep rekaan dres pendek, santai dan chic, melakukan perubahan dengan menghasilkan pakaian Barbie Loves nuansa hitam.

Ya, hampir kesemua koleksi tersebut berwarna gelap dan polos tanpa hiasan perincian yang sarat.

Namun enggan lari daripada konsep asal boneka Barbie yang gemar tampil comel dan elegan, Salabianca mengambil inisiatif mereka busana dalam potongan dres pendek separa paha dan terdedah di bahagian dada.

Semuanya dapat disaksikan pada pertunjukan fesyen Barbie Loves di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rata-rata pencinta fesyen yang hadir pada hari itu menyifatkan busana Barbie kini bukan lagi hak mutlak kanak-kanak dan remaja. Sebaliknya, boneka yang mencetuskan fenomena dalam industri permainan sejak tahun 1959 itu, sudah membuka peluang untuk kelompok wanita dewasa bergaya bak Barbie.

Ini kerana koleksi Barbie Loves tersebut tampak ideal membaluti tubuh wanita yang mencintai fesyen anggun dan sofistikated. Himpunan pakaian itu bukan sahaja sesuai dipakai tatkala menghadiri majlis minum petang, malah kelihatan menawan digayakan pada majlis formal mahupun ke pejabat.

Apa yang penting anda perlu bijak mempraktikkan konsep suai dan padan dengan item fesyen yang bersesuaian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Salabianca Sdn. Bhd., Allan Chan, ia merupakan suatu penghargaan apabila pihak Mattel Inc. memberi kepercayaan kepada Salabianca menghasilkan pakaian Barbie.

"Tugas kami bukan sekadar menghasilkan pakaian Barbie Loves untuk disarungkan di badan wanita malah, semakin mencabar apabila pakaian-pakaian Barbie Loves ini juga perlu membaluti boneka Barbie.

"Menjahit pakaian untuk boneka bukan mudah kerana jahitan manik ataupun lipatan fabrik pada dres semuanya dalam saiz yang paling kecil," jelas Alan mengenai projek Barbie Loves yang mengambil masa selama lapan bulan untuk disempurnakan.

Tambah Allan, memandangkan kali ini koleksi Barbie didatangkan dalam warna hitam, maka disarankan kepada si pemakai supaya bijak menyerlahkan penampilan mengikut stail tersendiri.

Bagi mereka yang ingin menerapkan nuansa merah jambu, padankan saja aksesori ataupun beg tangan warna terang itu bersama koleksi pakaian Barbie Loves.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

sumber :-

Kosmo Online - Varia


Usahawan koleh kacang

Posted:

Usahawan koleh kacang

Usahawan koleh kacang

Oleh NOOR ADILA ALI


KHADIJAH menunjukkan produk tepung kole kacang yang dipasarkannya untuk memudahkan orang ramai menyediakan kuih tradisional itu dengan lebih mudah.


KHADIJAH IBRAHIM cukup gemar menikmati kuih koleh kacang, hinggakan beliau begitu cerewet setiap kali merasai koleh kacang yang dijual atau dihidangkan kepadanya.

Berusia 62 tahun, sudah puas Khadijah merantau jauh dari kampung asalnya, Kampung Paya Teratai di Bachok.

Jadi wanita itu sudah banyak mencuba koleh kacang, tetapi selalunya dia merasakan koleh kacang yang dijual tidak sesedap hasil buatan sendiri.

Kerana itu, beliau sering membuat koleh kacang untuk dirinya, keluarga, jiran dan rakan-rakan.

"Tak sangka pula jiran dan kawan-kawan sukakan kuih itu biarpun ada yang tidak pernah merasainya sebelum ini. Dari situ mereka kemudian mula meminta saya membuat kuih itu untuk majlis kecil mereka, kemudian untuk juadah hari raya, bahkan pada hari-hari biasa juga ada yang menempah untuk dinikmati bersama keluarga," katanya.

Gembira melihat keenakan kuih kegemarannya disukai ramai, Khadijah kemudian berniaga koleh kacang secara kecil-kecilan dan mula menerima lebih banyak tempahan.

Tanpa menunggu waktu kelapangan atau cuti hujung minggu, Khadijah yang ketika itu menjadi pengurus sebuah syarikat komputer di Kuala Lumpur, mencari masa sendiri memenuhi permintaan rakan dan jiran yang menempah kuih berkenaan.

"Ketika itu masa dirasakan begitu berharga, selain melakukan pekerjaan tetap, saya seperti tidak menang tangan menerima tempahan daripada rakan rapat sehinggalah pelanggan yang tidak dikenali serata Kuala Lumpur," ungkapnya.

Sungguhpun hampir 50 tahun menetap jauh dari negeri kelahiran Kelantan kerana menyambung pengajian dan mencari kehidupan sendiri, Khadijah tidak pernah lupa pulang menjenguk kampung.

Asalkan memiliki waktu terluang beliau pasti pulang ke kampung biarpun sudah ketiadaan kedua ibu bapanya selain adik-beradiknya seramai tiga orang juga menetap di luar Kelantan.

Katanya setiap kali pulang ke kampungnya beliau merasakan ada sesuatu yang kurang di kampungnya. Tiada sebarang perubahan dalam rutin harian, iaitu penduduk lelaki melakukan kerja kampung dan kaum wanitanya duduk bersantai selepas menghabiskan kerja rumah.

"Setiap kali pulang ke kampung, saya melihat penduduk kampung ada banyak masa, suri rumah selepas melakukan tugas harian waktu petangnya akan duduk di bangku kayu berborak sesama jiran.

"Ketika itu saya terfikir jika ada peluang pekerjaan, mereka pasti tidak duduk-duduk sahaja kerana mereka juga perlukan pendapatan tambahan untuk membantu suami menyara keluarga," kata ibu kepada empat anak itu.

Koleh kacang Khadijah

Beliau memikirkan untuk membantu memberi pendapatan sampingan kepada penduduk kampung yang kebanyakannya saudara-mara dan jirannya.

"Untuk mengubah kehidupan keseluruhan penduduk kampung mungkin saya tidak mampu, tetapi jika ada dua atau tiga orang yang dapat saya bantu itu sudah memadai buat permulaan," katanya sambil tersenyum.

Khadijah memulakan langkah baru dengan idea untuk mengembangkan resipi koleh kacangnya di kampung halaman sendiri.

Menurutnya, idea itu dipersetujui saudara-mara dan jiran di kampungnya yang bersedia menyumbang tenaga.

"Sejak itu kuih koleh kacang mula dibuat di Kampung Paya Teratai dengan jiran tetangga dan penduduk kampung sebagai orang kuat di sebalik penghasilannya.

"Untuk tenaga yang mereka sumbangkan, saya hadiahkan mereka wang harian," kata Khadijah yang lebih selesa menggunakan perkataan hadiah daripada upah yang disifatkannya lebih lembut dan mesra.

Koleh kacang yang dihasilkan bukan sahaja dipasarkan di Kelantan, tetapi turut dibawa kepada pelanggan setianya ke Kuala Lumpur.

Khadijah, yang memiliki dua diploma dan satu ijazah dalam bidang pertanian, pembangunan penyelidikan dan pendidikan kaunseling itu, tidak pernah lekang daripada idea untuk memajukan perniagaannya.

Selepas beberapa lama mengusahakan koleh kacang, timbul inisiatif baru untuk menghasilkan sesuatu yang lebih mudah kepada pelanggan, sesuai dengan dunia moden kini yang memerlukan sesuatu yang ringkas dan mudah.

"Saya terfikir kalau sekadar jual kuih payah juga, koleh kacang bukannya dapat disimpan lama, bila terasa hendak makan, baru dibeli. Justeru itu saya merasakan perlu ada sesuatu yang lebih mudah untuk pelanggan simpan dan dibawa ke mana sahaja," katanya.

Dari situ timbul idea menghasilkan tepung koleh kacang untuk pelanggan yang ingin membuat sendiri kuih itu tetapi dengan cara yang mudah dan cepat.

Bengkel koleh kacang

Tepung koleh kacang itu dibungkus dalam peket sederhana kecil dan sudah siap untuk diadun dengan ramuan khas yang hanya memerlukan masa di antara 7 sehingga 8 minit untuk dimasak menjadi kuih.

Menurut Khadijah, dengan bantuan Pejabat Pembangunan Kawasan Pertanian (Iada) Kemasin Semerak, sebuah bengkel dibangunkan di kampungnya dan kini aktif beroperasi membuat kuih koleh kacang serta tepung koleh kacang. Produk itu kemudian dipasarkan di Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Johor dan lain-lain.

Katanya dengan bantuan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan yang membekalkan beberapa mesin, perusahaan beliau semakin berkembang dan lebih ramai penduduk kampung kini bekerja di situ.

Khadijah yang sudah pun meletakkan jawatannya sebagai pengurus syarikat, kini mampu tersenyum bangga kerana hasratnya yang bukan sahaja mahu menjadi usahawan berjaya tetapi membantu penduduk kampungnya mencari pendapatan sampingan telah terlaksana.

Khadijah kini turut memiliki pusat pengumpulan dan pemasaran untuk menyimpan stok tepung koleh kacang di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Beliau kini merancang menghasilkan beberapa tepung khas lain untuk membuat pelbagai jenis kuih tradisional bagi memastikan kuih berkenaan tidak lapuk ditelan zaman.

"Hasrat saya hendak tambah beberapa jenis tepung membuat kuih lagi yang lebih ringkas dan mudah, antaranya apam dan kuih bakar," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ceriakan kanak-kanak kanser

Posted:

Ceriakan kanak-kanak kanser

Ceriakan kanak-kanak kanser


KIRI: Wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur bertukar ceria apabila dikunjungi kumpulan kecantikan Clinique.


KEMPEN Clinique Happy Day yang disambut setiap tahun pada hari Jumaat kedua bulan Disember di New York, semakin dipraktikkan secara meluas di Malaysia. Buktinya, pada tahun ini genap kali keempat program jenama kosmetik Clinique tersebut dianjurkan di Kuala Lumpur.

Ia bertujuan menghimpunkan staf dari setiap peringkat termasuklah di bahagian pengurusan jenama, jualan dan kumpulan perunding Clinique, bagi meraikan Clinique Happy Day bersama-sama kelompok masyarakat yang kurang bernasib baik.

Terbaru, dengan rasa tanggungjawab pihak Clinique Malaysia menganjurkan program Clinique Happy Day di wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin untuk menggembirakan dan menghiburkan para penghuni wad yang kebanyakannya berjuang menentang penyakit kanser.

Menurut Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong, keprihatinan Clinique bukan saja membantu wanita atau lelaki yang mengalami masalah kulit wajah. Pada masa yang sama, mereka komited dan tidak pernah mengabaikan pihak yang memerlukan bantuan.

"Seperti yang diketahui kebanyakan kanak-kanak yang dirawat di sini datang dari kawasan pedalaman dan berpendapatan rendah. Jadi kadangkala mereka tidak mampu membeli anak patung atau alat permainan untuk menceriakan anak-anak yang sedang sakit.


AKTIVITI melukis wajah tambah menceriakan kanak-kanak ini.


"Maka, kami berpendapat menerusi program Clinique Happy Day, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dan memberikan peluang kepada si kecil memiliki alat permainan," ujar Sharyn mengenai Clinique Happy Day yang membawa keriangan dan kegembiraan kepada sesiapa sahaja.

Tambah Sharyn, meskipun kanak-kanak itu bertarung dengan penyakit, namun mereka memiliki tahap keberanian dan ketabahan yang tinggi. Paling mengujakan apabila golongan tersebut masih mampu mempamerkan senyuman dan semangat yang kental.

Enggan membiarkan kanak-kanak terus dibelenggu dengan kesakitan yang dialami, pada hari Clinique Happy Day, kumpulan Clinique yang menyarungkan baju T rona jingga telah menganjurkan bermacam-macam aktiviti menarik.

Selain dihiburkan dengan celoteh dan gelagat badut yang mencuit hati, penghuni wad dan ibu bapa berpeluang menyertai permainan lukisan pasir, mengecat muka serta aktiviti mewarna.

Suasana di segenap ruang wad bertambah ceria apabila perunding kecantikan Clinique menawarkan sesi transisi wajah kepada ibu bapa pesakit serta pekerja Hospital Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan atas apa yang mereka lakukan untuk kanak-kanak itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

sumber :-

Utusan Online - Feminin


Cinta Yatie pada rekaan grafik

Posted:

Cinta Yatie pada rekaan grafik

Cinta Yatie pada rekaan grafik

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Solekan EMMA PESONA (03-61859473)



Kerjaya sebagai pereka grafik sememangnya mencabar dan memerlukan kreativiti tinggi di samping idea-idea baru bagi menghasilkan sesuatu rekaan yang sentiasa segar. Bagi Suriyati Md. Nor, 31 cintanya pada rekaan grafik memerlukan dia membuat perancangan awal. Kejayaan menghasilkan sesuatu rekaan yang mampu memuaskan kehendak pelanggan dan hati sendiri, baginya ia adalah satu pencapaian memberangsangkan.

Sebagai pereka grafik Secret Recipe, Suriyati atau lebih mesra dengan panggilan Yatie, minat dan idea kreatif menjadi faktor utama untuk berjaya.

"Sejak di bangku sekolah lagi saya sering berangan-angan untuk menjadi pereka fesyen. Namun, apabila ingin menyambung pelajaran, saya pilih grafik. Masa tu, saya mahu bekerja di sebuah syarikat penerbitan yang tersohor. Pada mulanya memang jauh untuk sampai ke tahap itu tetapi saya tak mahu ia sekadar angan-angan Mat Jenin.

''Hari ini saya bekerja keras dan berusaha untuk mengejar impian itu walaupun ramai yang beranggapan kerjaya ini mudah dan remeh," katanya.

Ujar wanita yang meminati fesyen ini, seseorang pereka grafik perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan rekaan terbaik.

Baginya, kerjaya sebagai pereka grafik memang ada masa depan yang cerah kerana teknologi semakin berkembang dan penggunaannya juga semakin menyeluruh dalam kebanyakan bidang.

Dalam pada itu, wanita bertubuh kecil ini tidak lupa menjaga penampilan diri termasuk memilih minyak wangi yang terbaik.

"Saya gemar menggunakan wangian One Drop Perfumes. Selain banyak pilihan, ia membuatkan saya sentiasa wangi dan segar sepanjang masa untuk membantu saya menghasilkan idea kreatif di pejabat," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Aksesori pilihan 2011

Posted:

Aksesori pilihan 2011

Aksesori pilihan 2011

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto FATAH SULAIMAN
Solekan SHU UEMURA by Kenji


Koleksi rantai panjang sesuai digayakan wanita bertudung.


Memiliki barang kemas dengan rekaan terkini merupakan satu kepuasan bagi sesetengah orang. Bagi mereka, biar penat bekerja dan mengumpul wang asalkan dapat memiliki barang kemas idaman.

Bertempat di Studio Utusan Malaysia baru-baru ini, juara dan pemenang tempat ketiga Citra Wanita One Drop dan Mingguan Malaysia, Norsyarehan Ahmad Razali dan Seri Syamsidatul Safrun Mohd. Thani hadir memperagakan koleksi terbaru Tomei.

Walaupun kedua-dua wanita ini bertudung, mereka mampu mempamerkan keindahan dan kemewahan koleksi Tomei dengan gaya tersendiri.

Tomei merupakan jenama popular dan tidak asing lagi dalam rangkaian barang kemas mewah. Ketelitian, ketepatan, kehalusan, nilai kreativiti yang tinggi dan penuh dengan warisan tradisi menjadi lambang sejati setiap aksesori yang berada di bawah jenama itu. Dihasilkan dengan personaliti yang tersendiri, Tomei diselaputi kemewahan melalui pilihan materialnya, khususnya emas putih dan berlian. Aksesori ini menjadi kegilaan wanita yang mahukan gaya mewah tetapi sederhana.

Bagi tahun 2011, Tomei menyediakan barang kemas dengan corak dan rekaan terbaru yang boleh didapati di kesemua cawangan Tomei , seluruh negara.

Koleksi ini juga sesuai digayakan ke majlis makan malam atau keramaian.

Permulaan bagi mana-mana topik perbualan, koleksi ini kelihatan mempersona dan berani tetapi mempunyai satu daya tarikan yang kuat. Keunikannya mampu melahirkan rasa ingin tahu seseorang dengan serta-merta, yang mana cuma dapat diatasi dengan menerokai setiap rekaannya secara mendalam.

Barang kemas Tomei diperincikan dengan rekaan tradisional menjadi barangan mewah tulen dengan satu pintalan.

Koleksi terbaru terdiri daripada cincin, anting-anting, gelang, rantai dan loket dalam pelbagai reka bentuk yang berbeza.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

sumber :-

Utusan Online - Kesihatan


Dengkur gejala gangguan tidur

Posted:

Dengkur gejala gangguan tidur

Dengkur gejala gangguan tidur

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


OSA dan masalah dengkur yang berlaku akibat halangan pada laluan udara (gambar kiri) boleh dirawat menggunakan alat MAD yang menganjak kedudukan rahang bawah (gambar kanan).


Krohhh! krohhhhh! uughghghhh! sssyyy. Tidak kira sama ada bunyinya digambarkan seperti hon amaran kabus kapal laut, dengungan gergaji elektrik, guruh berdentum atau enjin buldozer, semua orang tahu apa yang dimaksudkan - dengkur.

Seorang pemandu pelancong memberi isyarat kepada saya ketika seorang rakan tidur dan berdengkur di dalam bas. Mujur ketika itu, rakan-rakan yang lain dibuai lena kerana keletihan. Teringat kata-kata Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pantai Ampang, Dr. Raymond Tan, seseorang yang berdengkur biasanya berbadan besar. Melihat saiz tubuh rakan itu, saya mengiakan dalam hati. Saya membayangkan jika yang tidur itu adalah pemandu bas pelancongan itu, apakah nasib kami? Seseorang boleh tertidur pada siang hari kerana tidur malamnya sebenarnya tidak lena kerana ada gangguan tidur. Seperti nasihat Dr. Raymond secara berseloroh: "Jika saya ingin menaiki bas balik ke kampung dari Kuala Lumpur ke Kelantan, saya pasti tidak mahu menaiki bas yang dipandu oleh seseorang berbadan besar. Dia mungkin mengalami masalah dengkur ketika tidur dan cepat keletihan. Itu risiko kepada kemalangan."

Menurut Dr. Raymond, dengkur secara amnya berlaku apabila penyempitan salur udara menyebabkan pergolakan tekanan udara dan getaran palet lembut (lelangit) serta dinding farinks.

Getaran itu seterusnya menghasilkan bunyi khusus dengkur.

"Bahaya utama adalah apabila penghidap dengkur mempunyai Apnea Tidur Halangan (OSA) yang teruk, menyebabkannya berhenti bernafas lebih 30 saat, berulang kali semasa tidur.

''Oleh itu, individu yang berdengkur perlu menjalani ujian tertentu bagi menentukan klasifikasi dengkur biasa, sehinggalah ke tahap OSA yang teruk.

''Individu yang mengalami dengkur biasa tidak menghadapi banyak masalah selain bunyi dan keselesaan tidur (penghidap dan ahli keluarga).

Namun, individu yang berdengkur dengan kuat dan mengalami OSA yang teruk mungkin terjejas kesihatannya dalam jangka panjang," ujarnya.

Nafas terhenti

Mereka yang mengalami masalah OSA selalunya berada dalam keadaan separa sedar. Mereka juga biasanya tidak mengingati peristiwa tersebut walaupun tidurnya terganggu berulang kali sepanjang malam.

Bunyi dengkur akan menjadi lebih kuat dan tiba-tiba terhenti seketika akibat pernafasan terhenti berikutan saluran pernafasan dihalang (tertutup).

Halangan pada bekalan udara ke paru-paru ini akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam darah dan otak yang dikhuatiri akan membawa kepada banyak masalah kesihatan lain.

"Mereka yang menghidap OSA juga akan berasa letih selepas bangun tidur, sangat mengantuk serta kelihatan seperti mengalami masalah kemurungan.

''Kekurangan oksigen terutamanya ke otak bukan sahaja satu masalah kesihatan malahan boleh membawa maut jika dibiarkan berterusan,'' katanya.

Oleh itu, menurut Dr. Raymond, setiap orang perlu faham bahawa kitaran tidur, dengkur dan OSA amat berbahaya dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Lebih teruk lagi kadang-kadang ketika memandu sama ada waktu siang atau malam, seseorang boleh terlelap kerana dengkur.

Tahap teruknya apnea ditentukan melalui kiraan setiap jam, rendah (10 apnea sejam), sederhana (20 hingga 30) atau teruk (lebih 40 apnea sejam).

Dengkur dan apnea boleh menyebabkan kekurangan oksigen ke otak dan jantung, menjejaskan fungsi otak dan tekanan kepada jantung (jantung makin besar, denyut jantung dan pernafasan makin laju).

Gangguan tidur pesakit jelas kelihatan jika mereka masih mengantuk di waktu pagi sementara kanak-kanak kelihatan sukar memberi tumpuan.

Rawatan OSA

Rawatan paling umum OSA adalah tekanan berterusan laluan udara atau CPAP (Continuous Positive Airway Pressure). Rawatan lain termasuk menurunkan berat badan, ubat-ubatan secara oral, terap dan pembedahan.

Berat badan yang bertambah sememangnya menjadi faktor risiko berlakunya OSA.

Terbaik, berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Letih punca kemalangan

Posted:

Letih punca kemalangan

Letih punca kemalangan


DR. RAYMOND melakukan ujian tertentu bagi menentukan klasifikasi dengkur biasa, sehinggalah ke tahap OSA yang teruk.


Kemalangan yang berpunca daripada rasa letih lazimnya menyebabkan kecederaan teruk. Ini kerana berbanding kemalangan akibat punca-punca lain pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.

Keletihan yang amat sangat lazimnya disebabkan oleh masalah psikologi seperti berasa kekurangan tenaga atau kepenatan.

Dalam kebanyakan kes, keletihan yang amat sangat dikaitkan dengan kebosanan, kesedihan, kekecewaan, kurang tidur atau teruk bekerja.

Rasa letih yang keterlaluan tidak sama seperti rasa mengantuk, tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih sebegini.

Menurut Dr. Raymond pernafasan yang terhenti-henti sepanjang malam boleh menyebabkan pesakit asyik terjaga.

"Jangankan tidur yang berkualiti, hendak tidur lena pun payah. Oleh sebab tidur yang tidak berkualiti, mangsa OSA biasanya akan menunjukkan beberapa kesan simptom umum pada waktu siang seperti rasa mengantuk, sakit kepala dan letih," katanya.

Dalam konteks ini, dianggarkan hampir 5.55 juta penduduk Malaysia, tidak mengira jantina dan umur, menghasilkan orkestra dengkur setiap malam, sama ada 'berdengkur tetap' ataupun 'berdengkur sambilan'.

Masalah dengkur bukan sahaja mengganggu penghidap malahan orang di sekitarnya, dan mungkin menjejaskan kualiti tidur lebih satu pertiga penduduk negara ini setiap malam.

Sebagai contoh, Albert Enstein memerlukan 10 jam untuk tidur agar dia dapat beraktiviti dengan baik. Presiden Amerika ke-30, Calvin Coolidge memerlukan 11 jam untuk tidur. Ronald Reagan dan Winston Churchill bahkan menganggap tidak cukup hanya tidur pada malam hari. mereka tidur siang.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Kesihatan

sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Kumango kecutkan fibroid

Posted:

Kumango kecutkan fibroid

Kumango kecutkan fibroid

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN


KHASIAT air kumango telah diuji oleh pakar tempatan.


KOORDINATOR klinikal dan pensyarah kejururawatan di Kolej Lincoln, Petaling Jaya, Selangor, Noor Shakinah Hassan Basri, 43, pernah disangka hamil kerana perutnya yang buncit.

Malah, gaya beliau berjalan juga sering menimbulkan tanda tanya mereka yang memerhati.

"Saya disahkan mempunyai ketumbuhan fibroid berdiameter empat sentimeter pada kedua-dua belah ovari pada tahun 2000.

"Setiap kali datang haid, saya akan mengalami pendarahan yang teruk. Darah yang keluar berketul-ketul dan saya perlu menukar tuala wanita hampir setiap lima minit.

"Insiden darah terkena pakaian juga terlalu lazim, biarpun sudah masuk hari ketiga haid. Malah, setiap kali datang haid, saya tidak akan duduk kerana risau akan 'kebocoran'.

"Sakit akibat senggugut juga mengganda menyebabkan saya kerap ambil cuti sakit, hilang mood ketika mengajar dan perlu makan ubat penahan sakit.

"Hendak berjalan pun dirasakan sukar," dedahnya yang pada waktu itu akan mengalami haid sehingga sembilan hari.

Tatkala didatangi haid juga Shakinah akan tidur berasingan daripada suami di atas tikar getah di lantai bilik tidur.

Biarpun sering memakai baju dan seluar yang besar serta longgar bagi mengelakkan perut buncit itu kelihatan terlalu jelas, Shakinah tidak dapat berbuat apa-apa dengan caranya berjalan.

"Ketumbuhan itu menyebabkan pembengkakan pada bahagian bawah perut. Jadi setiap kali berjalan, saya merasakan geselan pada bahagian itu. Ia bukan saja tidak selesa, tetapi juga menyakitkan," kongsi Shakinah.

Keguguran

Sebelum itu, pada tahun 1996, Shakinah disahkan menghidap endometriosis, iaitu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim. Akibatnya, Shakinah mengalami keguguran sehingga dua kali.

Rentetan daripada itu, Shakinah menjalani pembedahan untuk mengikis dinding rahim, membuang fibroid dan mengambil suntikan untuk menghentikan haid sehingga enam bulan.

"Ubat herba Cina yang paling pahit pun saya makan tetapi fibroid tumbuh lagi di tempat yang sama selepas itu," katanya yang berkahwin pada tahun 2006.

Secara kebetulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Lincoln, Prof. Datuk Dr. Ir. Badaruddin Nordin sedang membuat kajian tentang khasiat buah kumango atau Star Apple.


NOOR SHAKINAH disahkan menghidap fibroid pada tahun 2000.


Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu mendapati buah tersebut mengandungi elemen terapi yang baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

"Saya orang pertama mencuba air buah itu. Disebabkan ia dihasilkan daripada buah dan tidak dicampur sebarang bahan kimia, saya berani mencubanya.

"Hanya selepas seminggu mengambil air buah itu, saya tidak lagi mengalami pendarahan haid yang melampau.

"Untuk mengesahkan keadaan fibroid dan endometriosis di dalam rahim saya itu, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk melakukan imbasan bunyi.

"Doktor itu mengatakan saiz fibroid saya yang asalnya ialah tiga sentimeter sudah mengecut kepada satu sentimeter," kenang Shakinah.

"Perut saya juga semakin kempis dan sekarang saya boleh menyarungkan baju kebaya dan berkasut tumit tinggi. Saya juga semakin yakin dengan diri sendiri," tambahnya.

Malah, tiga bulan selepas mencuba air buah kumango yang dipopularkan sebagai Bio-99 itu, Shakinah disahkan hamil.

Malangnya Shakinah keguguran sekali lagi semasa kandungan mencecah usia empat bulan akibat terjatuh dari tangga kapal terbang.

"Sekurang-kurangnya usia kandungan sudah mencecah empat bulan. Itu tempoh paling lama saya hamil berbanding sebelum ini di mana saya gugur belum pun usia kandungan mencecah tiga bulan," ujarnya positif.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.