feedburner

Lorem ipsum dolor sit amet,
consectetur adipisicing elit,
sed do eiusmod tempor incididunt ut labore
et dolore magna aliqua.

Utusan Online - Pendidikan

sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Rai 38 murid istimewa SK Jalan Semenyih 2

Posted:

Rai 38 murid istimewa SK Jalan Semenyih 2


Murid pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 2, Kajang, gembira diraikan dalam satu projek khidmat masyarakat di Telok Kemang, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 5 Mac - Seramai 38 murid pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Semenyih 2, Kajang gembira dan ceria apabila diraikan dalam satu projek khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Tiara Beach Resort di sini baru-baru ini.

Guru pembimbing, Noor Edira berkata, pelbagai aktiviti sukaneka dan permainan air yang dikenal pasti dapat merangsang kecerdasan mental dan fizikal murid-murid tersebut diadakan dalam program selama sehari itu.

"Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti terapi air dan pasir yang dapat melatih murid-murid ini dan meningkatkan keyakinan mereka apabila berada di dalam air.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Harian Metro: Hati

sumber :-

Harian Metro: Hati


Sumbangan wanita makin dihargai

Posted: 05 Mar 2012 07:51 AM PST

BERGELAR wanita yang memegang jawatan sebagai isteri dan ibu di rumah manakala ketua di tempat kerja bukanlah suatu perkara remeh yang boleh dipandang sebelah mata saja.

Mereka juga terpaksa berperang dengan bebanan kerja yang banyak, memastikan pengaturan masa dan jadual yang tepat agar dapat memuaskan semua pihak iaitu majikan mahupun ahli keluarga tercinta.

Inilah yang dialami mereka untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi dan digemari. Perkataan seperti usaha gigih, jangan mudah putus asa dan pengorbanan boleh dikatakan 'makanan harian' mereka bagi memastikan tidak tersasar daripada landasan sepatutnya.

Umum mengetahui dewasa ini, perkembangan ilmu pengetahuan semakin meningkat dan terus maju dari semasa ke semasa. Perkembangan ilmu ini membawa kepada meluasnya pelbagai bidang tugas dan peranan yang akan dan sudah diceburi oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira status mahupun jantina.


Golongan wanita juga tidak terkecuali menceburkan diri dalam bidang tugas ini. Pembabitan mereka pada hari ini menunjukkan pada dunia bahawa wanita adalah salah satu golongan yang memberikan sumbangan besar kepada perkembangan dan kemajuan sesebuah organisasi, keluarga serta negara.


Pada era globalisasi ini, mereka terus melangkah maju dalam dunia yang dipenuhi dengan persaingan tetapi masih mampu mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan serta kerjaya masing-masing.

Peranan wanita sekarang lebih meluas lagi sehingga merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi dan politik.

Bagaimanapun, laluan untuk berjaya bukannya mudah. Banyak cabaran yang perlu dilalui lebih-lebih lagi di dunia korporat yang majoriti 'pemainnya' adalah golongan lelaki.

Antaranya adalah isu kesaksamaan gender dan diskriminasi atau sukar memperoleh hak yang selama ini kurang bijak dimanfaatkan.

Tidak dinafikan fenomena ini masih lagi terjadi di kebanyakan organisasi yang mana perbezaan jantina dijadikan timbang tara antara kelayakan seseorang menjawat jawatan tinggi atau sebaliknya.

Namun tidak di institusi perbankan Standard Chatered Bank Malaysia Berhad (SC) yang mengamalkan kepelbagaian dan penyertaan (Diversity and Inclusion - D&I).

Ketua Hal Ehwal Korporatnya selaku juara DNI bagi tempoh dua tahun, Norliza Kamaruddin, berkata di SC, mereka amat menyokong dan mempunyai polisi tersendiri bagi memastikan kaum wanita mahupun lelaki diadili secara sama rata.

"Apabila menyebut mengenai kesaksamaan gender, ia berkaitan dengan peluang sama rata yang boleh dimiliki oleh golongan lelaki dan wanita misalnya dalam bidang kerjaya mereka.

"Apabila disebut dalam konteks pembangunan wanita, kesaksamaan gender membawa maksud menghapuskan apa-apa rintangan yang dikenakan kepada mereka berdasarkan definisi budaya berhubung peranan mereka dalam organisasi ataupun masyarakat.

"Kami percaya, kesaksamaan, kepelbagaian dan penyertaan kedua-dua gender saling berkait rapat dan berhubung rapat apabila perlu bekerjasama untuk melahirkan tenaga kerja yang lebih produktif serta berdaya saing," katanya.

Menurutnya, konsep D&I di SC bertujuan mewujudkan budaya di tempat kerja yang membantu hasrat strategik syarikat dapat disampaikan kepada kakitangan dengan cara membolehkan setiap kakitangan melakukan perubahan dan kumpulan (jabatan) untuk menang.

Ia lebih daripada sekadar dasar, inisiatif dan proses tetapi mengenai bagaimana kakitangan SC melakukan kerja antara satu sama lain dan pihak yang berkepentingan.

Secara ringkasnya, kepelbagaian bermaksud pembabitan semua kakitangan, lelaki mahupun wanita yang contohnya mempunyai cara pemikiran atau personaliti berbeza.

Penyertaan pula membuat setiap pekerja berasa dihargai atas segala jasa yang disumbangkan terhadap syarikat. Ini sekali gus bermakna menyediakan suasana di tempat kerja yang membolehkan mereka memenuhi potensi diri dan meluaskan perspektif untuk lebih bersikap menghargai sumbangan yang boleh dilakukan oleh orang lain.

Selain itu, D&I ini juga bertindak sebagai satu langkah yang sewajarnya untuk mencipta dan mengekalkan budaya inklusif serta berprestasi tinggi melalui tingkah laku dan meritokrasi berdasarkan sumbangan serta kerja keras.

Dengan persekitaran sebegini, semua pekerja mempunyai peluang untuk memaksimumkan potensi peribadi mereka melalui prestasi yang didorong berdasarkan prinsip kukuh.

"Kami meletakkan penekanan pada kepelbagaian dan penyertaan. Dengan tenaga kerja seramai 85,000 orang dan terdiri daripada 125 bangsa berlainan, separuh kakitangan SC adalah golongan wanita. Ini bagi memastikan wawasan global yang seimbang untuk membantu kami berkhidmat demi pelanggan.

"Bank ini juga mempunyai lebih daripada 21 peratus perwakilan wanita di peringkat pengurusan kanan manakala 34 peratus di peringkat pengurus. Kami turut menggalakkan wanita eksekutif untuk meningkatkan kemahiran melalui latihan, program pembangunan kendiri dan mobiliti antarabangsa.

"Kami mempunyai dasar sumber manusia yang membenarkan pekerja contohnya melakukan kerja dari rumah, waktu kerja yang fleksibel dan tempoh cuti bersalin yang boleh diselaraskan. Kami juga menyediakan tempat kerja yang mempunyai kemudahan seperti bilik penjagaan, taska dan pusat jagaan harian," katanya.

Waktu bekerja yang fleksibel diadakan selepas menyedari wanita sering berperang atau bergelut dengan masalah masa. Oleh itu, satu polisi dibangunkan menerusi peraturan waktu kerja yang lebih fleksibel termasuk bagi mereka yang bekerja sambilan dan bekerja dari rumah.

Dengan ini, ia memberikan ruang untuk pekerja melunaskan atau menguruskan hal peribadi serta profesional mereka secara lebih teratur.

Ketua Unit Undang-Undang, Pematuhan dan Pengguna Perbankan SC, Peh Mui Sim, pula berkata usaha dan polisi ini diketuai oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Standard Chartered, Peter Sands serta Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia, Jaspal Bindra.

"Terus terang saya katakan usaha ini perlu mendapat kerjasama semua pihak terutama daripada pihak pengurusan atasan. Jika tidak, perkara ini sukar untuk dijadikan budaya di kalangan kakitangan sesebuah organisasi.

"Memang diakui bukan mudah untuk mengubah mentaliti atau persepsi seseorang dalam sekelip mata atau hanya satu hari. Bagaimanapun, jika usaha budaya layanan sama rata di kalangan lelaki dan wanita ini dilakukan secara berterusan, ia pasti akan menjadi semakin mudah.

"Justeru, tiada lagi wujud perkataan diskriminasi atau penindasan. Ini kerana, polisi atau budaya yang dibentuk menunjukkan kedua-dua jantina perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan.

Tiada jalan mudah untuk berjaya melainkan dengan keazaman serta disiplin diri yang kuat," katanya.

Pada September tahun lalu juga, ketika menyampaikan ucapan bertajuk 'Meningkatkan Peluang Ekonomi Untuk Wanita: Melangkah Ke Depan', isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyeru majikan termasuk syarikat korporat membuang budaya sempit, perundangan dan tekanan serta bebanan terhadap pekerja wanita yang diiktiraf sebagai sumber penting dalam pembangunan ekonomi negara.



Novel Bersiri - Istikharah Sang Perindu (Siri 30): Mentor Mentee, Inspirasi Minda, Motivasi Diri

Posted: 05 Mar 2012 07:38 AM PST

ENTAH kenapa cerpen "Sudah Aku Seberangi Lautan Api" Cahaya Ilham itu melekat dalam hati. Melekat sungguh. Setiap kata-katanya kukuh dalam ingatan. Ikut ke mana saja aku pergi. Aku pandang muka lembu-lembu dalam kandang, aku ternampak-nampak muka sengsara dan derita adik itu bersalin dalam tandas sekolah.

Aku pandang muka kambing-kambingku aku terbayang-bayang muka ketakutan dan kesakitan adik malang itu ketika mahu buang bayinya di tempat pembuangan sampah. Tidak tahu mengapa aku rasa tersangat pedih, tersangat pilu dan tersangat sebak. Tiba-tiba rasa mahu jadi penyelamat pada adik malang itu.

Alangkah baiknya kalau aku dapat menulis sebaik Cahaya Ilham. Tidak tahu mengapa tiba-tiba sahaja perasaan itu datang. Perasaan untuk berguru dan bermentor mentee dengannya. Tidak percaya aku, perasaan itu boleh datang, bersarang dalam hati, perasaan untuk jadi penulis novel. Rasa bersemangat satu macam.

Kenapa ya? Hairan sungguh aku! Aku yang kayu, yang keras degil dan kata orang, macam tak ada perasaan, boleh tangkap jiwa dengan cinta cerpen yang sungguh menyentuh kalbu itu. Tak percaya aku, aku boleh jadi macam ini.


Kalau aku beritahu Kak Ika perasaan yang baru tumbuh dan kembang mekar dalam hati sanubari aku ini, mesti Kak Ika bawa aku ke hospital, kalau tidak dibawanya ke klinik perubatan untuk ambil ujian darah, untuk pastikan aku tidak mengidap demam panas atau demam denggi, tentu dibawanya aku ke klinik psikiatri untuk periksa status mental aku.


Hairan aku. Hairan tak hairan, aku baca juga lagi cerpen itu. Memang hairan, kali kelima belas aku baca, air mata aku masih juga meleleh. Masih terasa pilu dan masih terasa sebaknya.

Pagi Jumaat yang penuh barakah, ketika sedang menikmati sarapan pagi, lontong dan soto ayam masakan nenek dan Mak Long, aku minta izin dari Pak Long untuk bercuti seminggu atau dua minggu. Dalam hati dan fikiran aku, Pak Long tentu setuju, memandangkan selama menguruskan ladang aku belum lagi berehat.
"Nak cuti?" Pak Long nampak terkejut sungguh.

Tetapi kenapa dia terkejut macam ternampak jin bermata satu bertoncit dua? Aku cuma nak minta cuti bukannya dan ikut kelab paranormal tangkap jin.

"Kalau kau cuti, siapa nak urus lembu-lembu kambing-kambing tu?" Belum sempat aku berkata sepatah pun, dia terus marah-marah.

Aku hanya tadah telinga. Masa inilah masa yang paling afdal buat pekak dan buat badak, untuk mengurangkan darjah kepanasan telinga yang boleh mengundang pelbagai penyakit hati. Teringat aku kata-kata Kak Ika dulu, kalau nak jadi penulis, syarat pertama kena sabar. Ok, mulai hari ini aku akan jadi manusia penyabar. Dan dengan penuh kesabaran aku tuangkan kopi panas untuk Pak Long. Aku masukkan sepuluh ketul nasi himpit, sesenduk isi ayam dan kacang goreng. Aku senduk sup ayam kesukaan Pak Long. Dengan penuh sopan santun aku menjadi perempuan Melayu terakhir dan hidangkan dengan penuh hormat takzim untuk Pak Long.

Pak Long marah-marah terus. "Suka sangat buat kerja tak masuk akal. Tak berfaedah." Suara Pak Long memetir.

Syukur, aku masih boleh bersabar dan masih mampu tersenyum. Tidak terasa pula usaha yang aku buat itu sia-sia belaka. Aku sempat pandang nenek, ibu dan Mak Long. Seperti biasa ketiga-tiga warga emas itu terlopong pandang aku.

"Tak payah buang masa kau nak cari kawan kau yang tak berguna tu. Tidak ada maknanya buat baik dengan orang kalau kita berikan bunga, dibalasnya tuba. Kau memang tak pandai cari kawan, berbaik dengan orang tak pandai berpada-pada, akhirnya diri sendiri yang dapat bala. Itupun tak nak ambil iktibar. Nama saja belajar sampai masuk universiti, tapi perangai...." Semakin marah nampaknya Pak Long.

Mak Long, ibu dan nenek sudah jadi anak-anak ayam kesejukan. Mereka menikus dan terus makan dan makan perlahan-lahan. Aku masih lagi bersabar.

Rupa-rupanya ugutan Tan Sri Khairuddin dan ASP Khairy, buatkan Pak Long tak boleh tidur malam. Dia marah-marah terus dan tuduh aku memang sengaja mengundang bala. Aku diam sahaja, tetapi yang satu ini aku memang tak boleh tahan, aku memang kecil hati, adakah patut dituduhnya aku sengaja mahu mencemarkan nama baik keluarga.

"Sahlah nanti, kes kau tu akan masuk surat khabar. Dia Tan Sri, dia boleh buat apa dia dia suka, dia ada kuasa. Kau siapa Jehan? Kau ada apa?"

Dikacaunya sup ayam dalam mangkuk. Ditaburkan sesudu sambal kicap di atasnya. Masih belum dijamah soto ayam kesukaannya itu. Mata dan muka masih berasap marah.

"Banyak yang Jehan ada, Pak Long. Jehan GenY, yang tidak gentar hadapi cabaran. Pak Long jangan susah hati, ingatlah selalu bahawa orang yang jujur dijaga Allah."

Aku tak pandang pun muka Pak Long, bukannya tak mahu pandang tetapi takut bila terpandang mukanya yang bengis itu perasaan sabar dan tenang yang aku kunci dalam hati, takut terlepas pergi.

"Jehan tak takut untuk jadi berani, sebab memang Jehan tak buat salah, nak takut apa."

Aku duduk di hadapan Pak Long. Aku kunyah kuih kuaci pulut hitam kepakaran nenek yang inti kelapanya, aku yang buat. Dari panjat pokok kelapa untuk dapatkan buahnya yang masih muda, aku parut, aku racikkan gula nibung dan aku kacau dalam kuali. Semua orang kata inti kuih kuaci itu sedap, hanya Pak Long yang tak cakap apa, walaupun dialah yang paling banyak makan, sepuluh biji sudah selamat masuk ke dalam perutnya.

"Senangnya kau cakap. Nanti kalau dah heboh satu Malaysia, siapa yang malu? Hah, di mana Pak Long nak letakkan muka? Hei tak tahulah Pak Long, apa nak jadi pada keluarga ini, dari satu ke satu bala datang."

Aku buat-buat tak dengar bebelan Pak Long. Aku kuncikan telinga dan mulut sekali. Aku masih mampu buat pekak walaupun kata-kata Pak Long tersangat pedih. Tak sangka pula, punyalah bagus hati aku ini, punyalah marah Pak Long pada aku, aku boleh tak terasa apa. Aku rasa hati dan jiwa aku yang ada dalam jasad aku ini, bukan aku yang punya. Aku pun hairan melihat aku sebaik ini. Hati dan jiwa macam sudah dibius kisah adik malang dalam cerpen Cahaya Ilham itu. Rasa kebas, dan tidak sakit langsung. Ajaib sungguh.

Tak sangka benar aku boleh terfikir, pedih manalah sangat aku tanggung setakat dimarah Pak Long, kalau nak dibandingkan dengan pedih, luka, luluh dan segala macam perasaan dukacita yang amat sangat dan kesakitan yang tidak terperi, yang ditanggung oleh adik dalam cerpen "Sudah Aku Seberangi Lautan Api Itu". Kalau dia berjaya harungi kehidupan yang penuh tsunami, sehingga menjadi hakim, aku yang hanya dijentik dalam kehidupan ini, malu kalau hanya mampu jadi penternak lembu dan kambing.

"Pak Long harapkan sangat-sangat kau bersihkan nama keluarga kita, Jehan. Tapi kalau kau pun sama dengan akak-akak dan abang kau, Pak Long tak tahulah nak harapkan siapa lagi untuk jaga nama baik keluarga kita. Harapan Pak Long semuanya hancur!"

"Bersangka baiklah dengan Allah Pak Long. Yakinlah pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Olin, ujian untuk Jehan. Tan Sri Khairuddin, abang Olin juga ujian Jehan. Dan jangan lupa, ujian yang paling besar untuk Jehan, ada depan mata."

Pak Long pandang aku dengan mata marah dan merah. "Kak Ika kau?"

"Eh, Kak Ika pula. Orang tu lebih dekat dari Kak Ika."

"Siapa?" Dalam marah-marah begitu, nak tahu juga orang yang aku maksudkan. Dia pandang aku, nantikan jawapan.

"Pak Long," jawabku satu-satu. "Iya, Pak Longlah ujian yang paling besar untuk Jehan. Ujian yang paling susah. Tapi Jehan yakin, semakin besar ujian yang Allah beri, semakin besar rahmat-Nya yang menanti."

Pak Long kehilangan kata-kata. Dia menjeling aku tajam. Kemudian buat-buat tak reti, pada hal aku tahu, apa yang aku cakap tadi, menyentap hatinya. Dia diam dan mula menyudu soto ayam.

Meja makan masih sunyi dan sepi. Mak Long, ibu dan nenek, usahkan mahu berkata sepatah, mahu berkutik pun tak berani. Aku tidak punya pilihan. Aku terpaksa gunakan Syafik untuk uruskan ladang. Aku nak berehat seminggu. Ustaz Nuafal beri kebenaran katanya aku memang perlukan rehat. Mak Long, nenek dan ibu pujuk aku untuk jangan ambil hati kata-kata Pak Long.

Aku beritahu mereka, aku nak berehat di rumah Kak Ika. Mereka diam dan izinkan aku pergi. Aku tinggalkan berbakul pesanan pada Syafik untuk jaga Pak Long baik-baik, ada apa-apa hal, beritahu aku cepat-cepat.

Aku jumpa Kak Ika minta tolong bawa aku jumpa Cahaya Ilham untuk berguru. Kak Ika terkejut besar pandang muka aku. Dia tak cakap apa, terus sujud syukur. Aku pula yang terpinga-pinga pandang dia.

Sebaik salam, terus dipeluknya aku. Aku nampak air matanya berlinang. "Kalau Allah nak beri, Dia tetap akan beri Jehan. Kak Ika yakin, kalau Jehan benar-benar nak menulis, dengan semangat yang ada pada Jehan ini dan cara Jehan bekerja, satu hari nanti Cahaya Ilham akan datang pula berguru dengan Jehan."

Aku aminkan dalam hati. Kak Ika nampak lebih bersemangat dari aku. Kak Ika kata, Cahaya Ilham itu bekas pelajar dia, sekarang sedang buat PhD di Mesir. Kalau betul-betul nak menulis, Kak Ika kata boleh ikut dia. Dia boleh bawa satu tempat yang memang orang boleh menulis.

Apakah ini anugerah Allah yang bakal jadikan aku penulis sehebat Cahaya Ilham? Amin Ya Allah. Barangkali beginilah ilmu Allah untuk merawat panas baran, keras kepala dan segala perasaan negatif aku atau balasan Allah sebab aku selalu ketawakan budak-budak kolej yang suka baca novel dulu.

Benarlah Allah boleh membalik-balikkan hati manusia. Sekarang barulah aku tahu, kalau Allah nak bolak-balikkan hati, bila-bila pun boleh terjadi. Inilah yang aku dapat sekarang. Aku reda dan syukur.

Kalau Olin ada, dia terus aku bawa ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Sah! Dan dia tentu ketawa terbahak-bahak melihat perubahan aku. Ini sah jadi kes angau. Ah, aku tak peduli, siapa nak ketawa, ketawalah, yang penting aku nak tulis sesuatu macam Cahaya Ilham, sesuatu yang sangat bermakna yang dapat memberi makna kepada orang lain. Lagipun pernah juga terlintas dalam hati aku nak tulis cerita keluarga Haji Mustakim yang cacamarba ini.

Dengan semangat yang berkorbar-kobar untuk menulis, aku ikut ke mana sahaja Kak Ika pergi. Katanya mahu ke rumah Spektrum Hidayah. Spektrum Hidayah?
Rumah pendidikan rohani dan jasmani gadis-gadis yang sedang tercari-cari cahaya penyuluh jalan pulang. Tiba-tiba sahaja aku nampak muka Olin. Apakah Olin sudah jauh tersasarkah? Ya Allah kembalikan Olin ke pangkal jalan.

Ketika kami sampai, belum pun panas tempat duduk, Pak Wi datang berjumpa Kak Ika dia nampak tergesa-gesa macam nak kejar sesuatu. Pak Wi, pengurus rumah Spektrum Hidayah dan sudah bertahun-tahun bekerja di situ. Bekas pesara pengurus besar bank ternama.

"Ustaz Amin dah keluarkah Pak Wi?" tanya Kak Ika, ketika Pak Wi masuk ke pejabat dan letakkan fail di atas meja.

"Saya bawa fail yang Dr Syafikah minta semalam. Ustaz di hospital. Dr Syafikah ada urusan lain hari ini?"

"Tak ada. Hari ini, saya peruntukkan sepenuh masa di sini. Ustaz hantar siapa ke hospital? Siapa yang bersalin?" Dia pandang aku. "Kenalkan adik saya, Jehan Maisara." Aku ambil tuala dia atas meja Kak Ika, lapikkan telapak tangan dan menghulur salam, tersenyum dan tunduk hormat pada Pak Wi.

Pak Wi tersenyum. "Adik?" Dia pandang Kak Ika sekali lagi.

Mukanya macam hairan dan tidak percaya. Dia tersenyum lagi. "Ustaz kena tahan wad."

Kak Ika jadi terkejut. "Ustaz? Sakit apa?

"Keluar dari masjid subuh tadi, kena belasah. Pak Wi hantar ke hospital. Alhamdulillah, tak berapa teruk macam dulu, sampai patah tulang rusuk. Lebam-lebam kena tumbuk saja."

"Siapa yang pukul?" tanya Kak Ika lagi. Mukanya nampak cemas.

"Budak-budak kepala botak, rambut trojen, pakai rantai besi, subang besi. Marah sangat, enam anggota kumpulan tu ada di rumah Spektrum Hidayah ni. Mereka tak boleh terima budak-budak dah bertaubat. Tak boleh terima budak-budak tu diberikan perlindungan, dan insya-Allah, tidak akan kembali ke jalan yang mereka lalui dulu. Insya-Allah. Ini ujian untuk kita Dr Syafikah, ujian untuk anak-anak yang nak berubah. Doakanlah semoga mereka benar-benar mahu kembali ke jalan yang diredhai. Amin Ya Allah."

"Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semalam saya ke lorong yang saya cakapkan pada Pak Wi dulu." Kak Ika buka fail yang tersenarai nama penghuni di pusat ini.

Mata Pak Wi terbuka luas. Tidak percaya apa yang didengarnya. "Dr Syafikah ke sana?" Dia jadi takut dan nampak ngeri sungguh. Laju kepalanya menggeleng. "Kenapa ke sana? Bahaya tu, doktor. Bahaya!"

Kak Ika hanya tersenyum. "Itu assignment saya, Pak Wi."

"Lorong hitam bukan tempat doktor. Lain kali bila dapat assignment macam tu, serahkan pada Pak Wi. Doktor rawat saja budak-budak tu di sini, yang lain serahkan pada Pak Wi. Macam mana nak pujuk budak-budak di sana datang ke sini, itu kerja Pak Wi. Bukan apa, doktor masih muda, cantik. Tak manis pergi tempat macam tu. Pak Wi tak mahu apa-apa jadi pada doktor."

"Alhamdulillah, Allah selamatkan saya. Terima Kasih, Pak Wi, banyak bantu saya."

"Nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau nak buat kembara hijrah, selamatkan budak-budak yang runtuh akhlak, pergilah cari tempat budak-budak lepak saja."

"Budak-budak tu dalam bahaya, Pak Wi. Saya kena tolong mereka."

"Nak tolong orang biarlah berpada."

"Allah tahu apa yang saya buat. Saya yakin, niat saya nak selamatkan mereka, Allah selamatkan saya. Insya-Allah. Insya-Allah Pak Wi."

"Ikhtiar dan tawakal tu, biar seimbang, Dr Syafikah."

"Terima kasih kerana ingatkan saya, Pak Wi."

"Banyak cara nak tolong budak-budak tu. Tapi janganlah sampai bahayakan diri."

"Saya kena tolong mereka juga, Pak Wi. Apa pun caranya saya kena juga tolong mereka."

"Sengaja cari fitnah, maknanya sengaja buat orang dapat dosa. Dosa itu akan tempias pada kita juga."

"Budak-budak tu ramai yang hanyut, Pak Wi. Saya susah hati, ramai orang pandang mereka, jijik. Hina." Kak Ika bangun ambil fail peribadi penghuni-penghuni di rumah ini. Diteliti wajah seorang demi seorang, anak-anak yang dilindungi.

"Kita kena selamatkan mereka, bukan tutup peluang mereka untuk balik ke pangkal jalan."

"Dr Syafikah bukan main-main nak selamatkan mereka?"

"Kerja saya bukan hanya jadi pakar motivasi, merawat pesakit, Pak Wi. Bukan setakat di hospital dan di kolej, mereka juga tugas saya. Sebab itulah saya terpanggil untuk sumbang tenaga di rumah Spektrum Hidayah ini."

"Kalau dah macam tu, kata doktor, alhamdulillah. Pak Wi doakan, Dr Syafikah selamat. Ada masalah, beritahu Pak Wi. Kalau nak pergi tempat yang bahaya, beritahu Pak Wi. Jangan berani sangat."

"Insya-Allah. Insya-Allah. Terima kasih doakan saya, Pak Wi."

Pak Wi melangkah keluar. Sebelum aku sempat bertanya sesuatu pada Kak Ika, dia masuk semula. "Maaf, Dr Syafikah nak tanya, siapa doktor bawa balik semalam?"

Panjang Kak Ika mengeluh. "Dia anak malang Pak Wi. Kami sempat selamatkan dia."

"Baik-baik Dr Syafikah. Budak-budak lorong gelap tu, banyak pasang kaki. Tempat macam tu, nyawa murah. Bila-bila masa boleh terbang."

"Masalahnya Pak Wi, mereka tak boleh berfikir. Sebab itulah mereka hanyut."

"Dr Syafikah rasa, apa yang doktor buat ini betul?"

Aku rasa, Pak Wi tak sepatutnya tanyakan Kak Ika macam itu. Mahu sahaja aku pangkah kata-kata yang agak keterlaluan itu.

"Saya nak selamatkan mereka, Pak Wi. Itu saja niat saya." Hairan aku, Kak Ika boleh tak terasa apa-apa. "Saya tak mahu cahaya itu padam, Pak Wi. Saya tak mahu bunuh cahaya itu. "

"Cahaya?" Suara Pak Wi agak terketar. Mukanya pucat.

"Kita kena hidupkan cahaya itu." Aku dengarkan sahaja suara dari lubuk hati Kak Ika. Aku bangun dan ke almari buku. Tidak percaya apa yang aku lihat. Masya-Allah, banyaknya novel-novel Cahaya Ilham. Aku capai novelnya satu persatu.

"Cahaya?" Pak Wi bertanya lagi. Mukanya berubah.

"Ya, kita tak boleh bunuh cahaya itu."

"Cahaya? Kenapa cahaya?"

Kak Ika gamit aku keluar dari pejabat dan mengajak aku ke bilik tengah. Aku gamitkan Pak Wi. Kami jalan berderet-deret macam anak-anak itik pulang petang di rumah nenek. Kak Ika letakkan buku-buku di atas meja.

"Ini buku-buku yang anak murid saya tulis, saya dermakan di rumah ini, untuk bacaan adik-adik saya di sini, Pak Wi."

Fon tangan Kak Ika berbunyi.

"Betulkah ustaz?" Lama juga Kak Ika berbual di fon. Mukanya dari jernih menjadi keruh, dari jernih jadi berserabut.

"Kenapa Kak Ika?" tanya aku sebaik saja Kak Ika berhenti berbual.

Cuak aku perhatikan dia, takut juga kalau yang fon dia tadi Ustaz Naufal. Takut juga kalau-kalau ada berita malang yang diberitahukan.

"Ada orang yang ambil dia, masa keluar wad. Saya tak dapat hubungi dia langsung. Dia hilang Pak Wi. Dia hilang lagi." Kesal, kecewa, sedih dan pilu berarak di wajah Kak Ika.

Aku mula menggelabah. Rasa takut pula datang.

"Jangan putus asa dengan rahmat Allah, Dr Syafikah. Bersangka baik dengan Allah selalu." Pak Wi lembut memujuk.

Muka Kak Ika bertambah kacau dan risau.

"Entahlah Pak Wi, bukannya seorang budak-budak malang itu saya bawa ke sini, tapi saya dapat rasakan dia lain. Saya kena cari keluarga dialah Pak Wi. Saya nak tulis dalam surat khabar."

"Jangan dulu doktor. Jangan dulu. Beri dia masa."

"Saya takut dia dah tak ada masa."

"Mati itu urusan Allah."

"Pak Wi, doktor yang merawat dia beritahu saya semalam, dia dapat kanser pangkal rahim. Tahap yang kritikal. Dia boleh mati Pak Wi. Mati bila-bila masa."

"Tak dapat kanser pun akan mati bila-bila juga kan?"

"Dia mesti dapatkan rawatan Pak Wi. Dia ada masa untuk bertaubat. Saya dapat rasakan dia mahu bertaubat. Dia terlalu muda untuk dapat kanser pangkal rahim. Lorong itu musnahkan hidup dia Pak Wi. Bertukar pasangan, dadah, cara hidup yang tak sihat, dia dapat macam-macam penyakit."

"Mungkin dia ada di sana lagi."

"Dia licik Pak Wi. Saya tahu, dia tak akan ke sana lagi. Ramai yang akan cari dia. Dia nak lari dari orang tempah anak dia hari tu."

"Tapi bayi dia meninggal. Kita yang uruskan jenazah bayi yang tak berdosa tu."
"Dia dah ambil satu ribu ringgit."

"Kita pulangkan balik duit seribu tu. Kita cari perempuan yang beri dia seribu tu."

"Bukan senang Pak Wi. Sindiket jual bayi itu susah nak kesan. Saya tak mahu dia orang apa-apakan dia."

"Doktor pernah tanyakan keluarga dia?"

"Belum sempat Pak Wi."

Tahulah aku rupa-rupanya, pusat perlindungan ini, projek saham akhirat Kak Ika untuk kedua-dua ibu bapanya, Mak Long dan Pak Long. Bertambah-tambahlah mulianya Kak Ika di mata aku.

Bersambung...



Kosmo Online - Komuniti Kita

sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Tawan Gombak Pilihan Raya ke-13

Posted:

Tawan Gombak Pilihan Raya ke-13

Tawan Gombak Pilihan Raya ke-13


SHARIFAH SALMAH (tengah), Megat Zulkarnain (duduk dua dari kanan) dan Said Anuar (duduk dua dari kiri) bergambar bersama sebahagian ahli wanita UMNO Gombak Setia di Alang Manja, Gombak baru-baru ini.


SEMANGAT. Biro Tata Negara dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gombak menganjurkan Program Tawan Gombak di Alang Manja, Gombak baru-baru ini.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil berkata, program yang dihadiri hampir 120 orang ahli Wanita UMNO Gombak Setia itu bertujuan untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Beliau juga akan mengadakan program yang sama untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves dan DUN Hulu Kelang.

Majlis dirasmikan oleh Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din. Turut hadir ialah Penyelaras DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad.

USM Pulau Pinang rai penyelidik cemerlang

Posted:

USM Pulau Pinang rai penyelidik cemerlang

USM Pulau Pinang rai penyelidik cemerlang


OMAR (tengah) menunjukkan pingat yang diterima oleh penyelidik USM pada satu majlis di Kota Bharu baru-baru ini.


CEMERLANG. Universiti Sains Malaysia (USM) meraikan kejayaan merangkul lapan pingat emas, empat perak dan dua gangsa dalam pameran dan pertandingan Ekspo Teknologi Malaysia 2012 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Sebanyak 14 hasil penyelidik para pensyarahnya dipertandingkan pada penganjuran berprestij yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Pada majlis ringkas itu, Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman turut mengumumkan dana berjumlah RM2 juta sebagai dana inovasi universiti bagi menyambung program penyelidikan.

Menurutnya, dana di bawah Program Inovasi USM itu juga menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi setiap penyelidikan yang mendapat pengiktirafan tertentu dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Majlis makan ikan bakar erat hubungan sesama penduduk

Posted:

Majlis makan ikan bakar erat hubungan sesama penduduk

Majlis makan ikan bakar erat hubungan sesama penduduk


MOHD. JIDIN (tengah) bersama penduduk membakar ikan di Setiu baru-baru ini.


JAMU SELERA. Seramai 200 penduduk kampung termasuk belia mengadakan majlis makan malam dengan hidangan ikan bakar anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Fikri, Setiu di Terengganu baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Belia Seri Payang Kampung Fikri itu turut dihadiri Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafiee dan Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Setiu, Bazlan Abdul Rahman.

Setiausaha JKKK Kampung Fikri, Norzeri Abdullah berkata, program berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan antara JKKK dengan masyarakat terutama golongan belia.

"Program ini bukan semata-mata untuk menjamu selera, tetapi lebih kepada menyatu padu masyarakat setempat daripada pelbagai kaum dan peringkat usia," katanya.

Utusan Online - Keluarga

sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Perkahwinan di taman atas bangunan

Posted:

Perkahwinan di taman atas bangunan

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar Ghazali Basri.


Persandingan gemilang di Kampung Pengantin.


BAKAL pengantin yang mahukan kelainan pada majlis perkahwinan mereka pasti akan teruja dengan konsep perkahwinan dalam taman di atas bangunan.

Idea ini sudah tentunya mencetuskan rasa ingin tahu yang mendalam bagi pasangan yang sedang tercari-cari konsep dan lokasi persandingan impian.

Bayangkan majlis yang berlangsung nun di atas puncak bangunan tetapi ia bagaikan dalam taman dengan teres terbuka berlatar belakangkan cahaya neon bandar raya Kuala Lumpur.

Majlis yang pasti tidak mudah dilupakan bukan saja oleh mempelai bahkan tetamu yang hadir itu cuba direalisasikan oleh Kampung Pengantin, pengendali majlis perkahwinan terkenal di Kuala Lumpur.

Berkonsepkan hanging garden atau taman tergantung yang 'dibina' atas bangunan rumah kedai kini menjadi lokasi terbaru Kampung Pengantin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Dilema malam pertama isteri

Posted:

Dilema malam pertama isteri


Wanita yang baru berkahwin mahukan malam pertama dapat dinikmati dalam suasana yang indah.


UCAPAN salam sebagai pembuka tirai daripada seorang suami kepada isterinya membuatkan degupan jantung menjadi laju.

Itulah gambaran awal pada malam pertama bagi pasangan pengantin baru yang belum pernah dirasakan sebelum ini.

Sudah semestinya dan rata-rata pasangan yang baru berkahwin mahukan malam pertama dapat dinikmati dalam suasana yang indah agar menjadi satu pengalaman yang paling bernilai dan sukar dilupakan.

Jika keluaran sebelum ini ada membincangkan mengenai dilema malam pertama suami, sebenarnya isteri turut mengalami keadaan yang sama.

Untuk itu, penulisan Profesor Emeritus Dr. Mohd. Ismail Tambi dalam buku yang bertajuk Adab Malam Pertama ada menyenaraikan lima dilema yang sering dihadapi isteri ketika menghadapi malam pertamanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Kosmo Online - Stailo

sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Kombinasi unik dan comel

Posted:

Kombinasi unik dan comel

Kombinasi unik dan comel

NAMA asalnya ialah Onika Tanya Maraj. Namun anak kelahiran New York, Amerika Syarikat itu lebih popular kini dengan nama pentas, Nicki Minaj.

Sejak muncul dengan lagu genre hip hop berjudul Super Bass, pada tahun lalu, nama Nicki, 29, melonjak naik. Padahal, penyanyi berkulit hitam manis ini mula berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak tahun 2007.

Lebih mengagumkan, kemunculan Nicki semakin mencuri perhatian di seantero dunia kerana berani bergaya dengan imej unik, funky dan merah jambu persis patung Barbie.

Ekoran kekerapan tampil berimej sedemikian, kelompok peminatnya mula memanggil Nicki dengan sebutan Barbz iaitu panggilan manja bagi patung Barbie.

Tambahan pula, dia sentiasa memilih teknik solekan bak Barbie seperti pembayang mata rona terang, bulu mata palsu yang melentik, kanta lekap serta gincu bibir nuansa merah jambu terang. Tidak ketinggalan, menyarungkan gaun mini potongan kembang dan konsep suai dan padan yang kadangkala 'pelik'.

Namun, kini bagaikan mimpi menjadi realiti apabila pada tahun lalu, penyanyi yang mempunyai darah India itu dipilih oleh syarikat Mattel untuk menghasilkan patung Barbie-Nicki Minaj. Ringkasnya, Nicki bukanlah artis pertama yang diberi penghormatan sedemikian memandangkan sebelum ini selebriti Rachel Zoe dan Janet Jackson terlebih dahulu mempunyai patung versi Barbie.

Secara amnya, patung Barbie yang hadir di pasaran permainan sejak tahun 1959 telah diangkat sebagai ikon fesyen sepanjang zaman. Fesyen yang ditampilkan Barbie antara faktor utama yang menyebabkan Barbie digilai kanak-kanak dan gadis remaja sehingga mencetus fenomena di seluruh dunia.

Kempen amal

"Saya sama sekali tidak menyangka, imej pelik ini menarik minat pihak Mattel untuk mengeluarkan Barbie versi Nicki Minaj. Lebih mengharukan apabila patung Barbie ini merupakan jualan edisi terhad untuk kempen amal.

"Ini momen terbesar dan paling manis dalam kamus hidup saya. Secara tak langsung ia menunjukkan bahawa muzik dan fesyen boleh menyumbang sesuatu kepada insan yang memerlukan," jelas Nicki yang teruja apabila patung Barbie versinya dilelong dalam web CharityBuzz.com dan dipamerkan pada acara Divine Designs yang berlangsung selama lima hari di Beverly Hilton Los Angeles pada harga permulaan RM3,600.


SELAIN warna merah jambu, Nicky juga suka menukar gaya rambut.


Hasil lelongan itu, disumbangkan kepada Project Angel Food yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang menghidap HIV dan AIDS.

"Kawan-kawan pernah memaksa saya memakai pakaian dan bersolek seperti itu dan ini. Mereka menyifatkan seseorang penyanyi rap perlu tampil seksi dan memilih pakaian rona-rona tertentu.

"Tapi, saya ingin lari daripada imej seksi yang tipikal kerana ia kelihatan klise dan bosan. Oleh kerana enggan menipu diri sendiri dan mengikut telunjuk orang lain, maka saya memilih stail pelik yang menyelitkan fesyen Barbie," jelas Nicki yang menyifatkan dirinya seorang yang kelakar dan bersahaja.

Terbaru, pada awal tahun ini Nicki bersama penyanyi latin Ricky Martin menggantikan tempat penyanyi Lady Gaga sebagai jurucakap Viva Glam, yang merupakan koleksi kosmetik untuk kutipan amal jenama M.A.C.

Katy yang funky

Nampaknya penyanyi kelahiran Santa Barbara, California, Amerika Syarikat (AS), Katy Perry juga antara selebriti bertuah kerana memiliki patung Barbie persis wajah dan penampilannya. Dia terpilih kerana kecenderungannya membawa imej comel, funky dan fantasi di kebanyakan acara serta persembahan pentas.

Bahkan pelantun lagu Firework tersebut turut teruja acap kali menjalani sesi fotografi dan pembikinan klip video yang menerapkan kerja-kerja seni berkaitan dunia kanak-kanak dan menyarungkan kostum animasi.

Buktinya, lihat saja set klip video Katy berjudul California Girls yang berwarna-warni dan sarat dengan prop gula-gula, pelangi, aiskrim dan awan yang menyerupai gula-gula kapas.

Bertatah kek cawan

Impak daripada klip video berkenaan, koleksi patung Barbie-Katy Perry 'dilahirkan'. Tampil berambut biru terang, gayanya diserikan persalinan gaun mini potongan kembang bertingkat bertatah kek cawan. Hiasan kek cawan ialah simbolik memandangkan dalam klip video yang sama, Katy meletakkan kek cawan di bahagian dada.

Bukan itu saja, patung Barbie-Katy Perry tampak comel apabila sepasang kakinya disarungkan stokin fabrik jaring yang mempunyai perincian kristal Swarovski. Boneka itu juga memegang mikrofon gula-gula sambil berdiri di atas pentas kon wafel yang dikelilingi aiskrim.


KOSTUM karakter Snow White menjadi pilihan Katy.


"Saya gemarkan sesuatu yang ceria dan berwarna-warni kerana ia membuatkan kehidupan saya gembira serta bahagia. Sebab itu, saya selesa tampil dalam persalinan yang sarat dengan rona terang dan kontra," ujarnya.

Warna gelap pula hanya menjadi pilihan Katy jika perlu mengikut kod pakaian yang ditetapkan oleh pihak penganjur acara atau sidang redaksi majalah.

"Tidak dinafikan, segelintir individu menyifatkan imej saya agak kebudak-budakan. Namun, saya tidak berkecil hati kerana fesyen itu universal, sama seperti muzik. Sesiapa saja bebas memilih gaya mengikut cita rasa peribadi," luah Katy.

Suram

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Katheryn Elizabeth Hudson itu meluahkan, penampilannya hari ini jauh berbeza jika dibandingkan pada zaman kanak-kanaknya. Sebelum melibatkan diri dalam industri hiburan, dunia Katy dikelilingi aktiviti harian yang 'suram'.

Tidak seperti remaja lain yang bebas bergaya dengan seleksi fesyen terbaharu, Katy hanya dibenarkan memakai pakaian ringkas dan sopan. Ini disebabkan ibu dan bapanya, Mary Hudson dan Keith Hudson merupakan pengikut tegar agama Kristian mengutuk tindakan wanita berimej seksi dan terdedah.

"Bukan sekadar pakaian, malah setiap sudut kehidupan saya dikawal ketat oleh ibu dan ayah. Sebahagian besar masa saya diisi dengan aktiviti membaca kitab Injil berbanding mengulang kaji pelajaran," jelas Katy yang gemar menukar warna dan gaya rambut.

Sementara itu memetik kata-kata pengkritik fesyen terkenal, Steven Cojocaru, dia memuji golongan wanita yang berani tampil dengan persalinan busana dan tata rias wajah yang pelik dan unik.

"Penampilan seseorang terserlah bukan kerana menggayakan jenama mewah yang bernilai ratusan mahupun ribuan ringgit. Tapi, ia wujud disebabkan keyakinan diri yang tinggi," jelasnya. - IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Gabungan mewah dan sederhana

Posted:

Gabungan mewah dan sederhana

Gabungan mewah dan sederhana

Oleh ALIF ABU BAKAR


BUTIK Caron yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur menampilkan seleksi gaun pendek dalam variasi warna, potongan dan material yang sesuai dipakai untuk pelbagai jenis acara.


BARISAN skirt, blaus, dres, kardigan, beg tangan dan aksesori berjenama pasti menggamit pandangan wanita yang berkunjung ke Butik Caron. Walaupun secara kasar ia kelihatan tidak jauh beza berbanding butik-butik lain, namun keistimewaan gedung pakaian itu terletak pada label jenama yang dijual.

Jenama dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah memonopoli deretan pakaian yang dijual di butik yang telah beroperasi selama dua tahun itu.

Dres les jenama Glassons dari Australia, dres XOXO dan Max Studio dari AS, dres jersi Fashion Elle dari Perancis dan dres pendek Lipsy dari United Kingdom (UK), semuanya memiliki rekaan unik yang tidak terdapat dalam pasaran tempatan.

Konsep suai padan (mix and match) menjadi kunci buat wanita yang bercadang membeli pakaian di butik ini. Usah risau dengan warna dan fabrik kerana ia ternyata menepati iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Bermula daripada RM60, pengunjung dapat memiliki sehelai blaus. Bergantung pada material dan potongan, ada juga blaus yang mencecah harga RM126. Skirt pula dijual dalam lingkungan harga RM100 manakala dres diletakkan pada kelompok harga RM89 ke atas.

Lebih mengujakan, pengunjung juga dapat memiliki koleksi beg tangan berjenama mewah seperti Michael Kors (MK), Prada, Coach dan Juicy Couture yang merupakan rekaan edisi terhad yang tidak berada di butik-butik jenama tersebut yang berada dalam negara ini.

Padanan jenama mewah (high end) dan sederhana (high street) membentuk gaya seorang wanita yang trendy dan mempunyai cita rasa tersendiri dalam berfesyen.

Wax Elite untuk lelaki elit

Posted:

Wax Elite untuk lelaki elit

Wax Elite untuk lelaki elit


RANGKAIAN produk rambut Elite membantu jejaka membentuk gaya rambut mengikut cita rasa masing-masing.


Gaya Pejabat
MENGGUNAKAN wax Elite Edgy EFX Shiny Wet, gaya ini memberikan impak sedikit basah dan sesuai untuk rambut tebal. Ia menimbulkan tekstur rambut agar kelihatan segar dan tidak keras.

- Langkah 1: Ambil wax dalam jumlah sedikit (separuh kuku) dan gosokkan pada tapak tangan.

_ Langkah 2: Ratakan pada keseluruhan rambut.

_ Langkah 3: Tarik dengan tangan, rambut bahagian depan diturunkan menyentuh dahi manakala bahagian atas dicondongkan mengikut arah rambut pada dahi (ikut belahan rambut anda).

*Waktu menghasilkan gaya ini: Dua minit.

Gaya Kasual

MAHU kelihatan bergaya

tetapi tidak terlalu ekstrem? Oleskan wax Elite Edgy EFX Rugged Matte yang mampu melahirkan keyakinan sepanjang hari. Sesuai digayakan untuk ke acara kasual dan santai.

_ Langkah 1: Ambil wax dalam jumlah sedikit (separuh kuku) dan gosokkan pada tapak tangan.

_ Langkah 2: Ratakan pada keseluruhan rambut.

_ Langkah 3: Tarik dengan tangan, rambut bahagian atas diturunkan menghala ke depan dan rambut bahagian depan dinaikkan ke atas (90 darjah) sementara bahagian sisi (sideburn) diturunkan.

*Waktu menghasilkan gaya ini: Dua minit.

Gaya Nakal (Funky)

JIKA ingin keluar bersosial bersama rakan-rakan terutamanya pada waktu malam, pastikan anda membentuk rambut anda dengan gaya ini. Rapikan wax Elite Edgy EFX Spiky Web Fibre pada rambut anda yang mampu mengekalkan bentuk rambut yang digayakan kekal sepanjang malam.

- Langkah 1: Ambil wax dalam jumlah sedikit (separuh kuku), tambah wax jika tidak cukup dan gosokkan pada tapak tangan.

- Langkah 2: Ratakan pada keseluruhan rambut.

- Langkah 3: Bagi mendapatkan rambut cacak (spiky), tarik semua bahagian rambut ke atas (90 darjah) termasuk rambut bahagian belakang.

- Langkah 4: Pintalkan (twist) hujung rambut agar tekstur rambut kelihatan.

*Waktu menghasilkan gaya ini: Tiga hingga empat minit.

- Produk: Elite Edgy EFX

- Jenis: Lima jenis wax iaitu Spiky Web Fibre, Wavy Loose Clay, Airy Wild Mud, Shiny Wet Wax dan Rugged Matte Wax.

- Harga: RM15.90.

- Lokasi: Farmasi kecantikan dan pasar raya seluruh Malaysia.

Kosmo Online - Varia

sumber :-

Kosmo Online - Varia


Diet kekal kesihatan rambut

Posted:

Diet kekal kesihatan rambut

Diet kekal kesihatan rambut

PUSAT penjagaan dan rawatan rambut, 101 Hair Care sedang menjalankan kempen Healthy Hair, Happy Year dalam usaha mendidik rakyat Malaysia menguruskan masalah keguguran rambut menerusi diet yang betul.

Dalam kempen tersebut, 101 Hair Care menawarkan nasihat khasiat pemakanan percuma kepada orang ramai di semua salun rambut mereka bermula sekarang sehingga 18 Mac depan.

Selain itu, 101 Hair Care turut menawarkan pakej rawatan rambut herba khusus sepanjang tempoh yang sama. Pakej bernilai RM466 itu merangkumi proses analisis rambut dan kulit kepala berkomputer, analisis hama folikel Demodex serta rawatan rambut herba khusus.

Orang ramai juga berpeluang menerima kit perjalanan herba dan hadiah tahun baharu eksklusif dengan menghantar teks sistem pesanan ringkas (SMS) ke 32828 (Taip: 101<jarak>PR, Negeri, Nama, No. Kad Pengenalan.).

Menurut Pengarah 101 Hair Care, Ricky Thye, mereka berharap dapat memberi maklumat berguna kepada rakyat Malaysia agar setiap individu mengambil inisiatif dalam mengurus dan mengelakkan masalah rambut termasuk kehilangan rambut awal.

Lemak dan gula

Pakar pemakanan 101 Hair Care, Fanny Ling pula menjelaskan, walaupun terdapat pelbagai makanan menarik di negara ini, orang ramai perlu sedar bahawa banyak makanan mengandungi lemak dan gula yang boleh menjejaskan kesihatan badan dan rambut.

"Makanan berlemak tinggi boleh memudaratkan rambut dan kulit kepala kerana ia menyebabkan kulit kepala berminyak, mudah mendapat jangkitan dan menyebabkan kelemumur.


PRODUK rambut jenama 101 Hair Care mempromosikan kempen Healthy Hair, Happy Year yang mendidik masyarakat menguruskan masalah keguguran rambut.


"Ia juga mengganggu keseimbangan hormon, menyebabkan obesiti dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

"Makanan manis pula boleh menyebabkan kelemumur dan kulit kepala sensitif. Ia juga menghakis vitamin B dalam badan dan menyebabkan kekurangan zat kuprum lalu menyebabkan rambut beruban.

"Pengambilan makanan manis juga mengurangkan biotin yang menyekat pertumbuhan rambut secara sihat dan mengurangkan kegelapan warna," jelas Fanny.

Tambahnya, bagi membekalkan nutrien rambut yang baik, seseorang itu memerlukan kalori secukupnya, iaitu bergantung kepada keperluan tenaga individu. Seorang lelaki memerlukan purata 2,500 kilo kalori sehari manakala seseorang wanita memerlukan 2,000 kilo kalori setiap hari.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen tersebut, orang ramai boleh mengunjungi laman web www.101hair.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1300-888-101.

Ikrar cinta 29 raja sehari

Posted:

Ikrar cinta 29 raja sehari

Ikrar cinta 29 raja sehari

Oleh ZAKI SALLEH


TARIKH 12 Februari lalu merakam memori indah kepada 29 pasangan yang melafazkan cinta kepada pasangan mereka beramai-ramai di pusat beli belah Sunway Carnival Mall (SCM), Seberang Jaya.


PERIBAHASA latin tentang cinta menyebut amor est vitae essentia yang bermaksud, cinta adalah hakikat kehidupan.

Bagi pasangan bercinta, saat melafazkan perasaan kepada pasangan masing-masing adalah detik paling indah apabila dua hati terpatri untuk menjadi satu ikatan dalam lubuk jiwa.

Ucapan 'aku cinta padamu', 'kau milikku' atau 'aku jujur selamanya buat dirimu' pastilah antara kata-kata yang bermain-main di fikiran sebelum dilontarkan.

Saat itulah dikongsi 29 pasangan yang telah melafazkan ikrar cinta dan sayang beramai-ramai di pusat beli- belah Sunway Carnival Mall (SCM) di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada tanggal 12 Februari lalu.

Majlis istimewa bersempena Festival Perkahwinan 2012 itu dianjurkan SCM dengan kerjasama Hotel Sunway Seberang Jaya dan sebuah syarikat pengurus acara, Kenlink.

Sambil disaksikan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu, kesemua pasangan menggayakan gaun perkahwinan, tuksedo dan aksesori rekaan Star East, Kuang Yee dan Putree Bridal House.

Mereka yang kelihatan anggun serta menawan ini mendapat sentuhan solekan oleh jurusolek APT Hair Salon & Academy.

Pasangan kemudian berjalan beriringan untuk diarak ke pentas utama. Mereka yang kemudian berdiri menghadap antara satu sama lain diminta melafazkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing.

Sijil pengiktirafan

Sebagai simbolik, kesemua pasangan menerima sijil pengiktirafan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Danny Law Heng Kiang yang hadir selaku tetamu rasmi.

Majlis ini diserikan lagi dengan pertunjukan fesyen hasil sentuhan pereka tempatan, Kelv dan gaun pengantin oleh Emmanuel Haute dan Ranndy Goh.

Rekaan-rekaan cantik itu diperagakan model terkemuka tanah air, Amber Chia bersama beberapa peragawati tempatan lain.

Bagi pasangan Mohamad Fairuzzaine Azmi, 27, dan Ang Hui Pheng, 25, mereka memilih ke majlis itu bagi membuktikan keikhlasan dalam perhubungan yang dijalin sejak setahun lalu.

Menurut Mohamad Fairuzzaine, beliau dan pasangannya berharap dapat mengakhiri momen indah itu di gerbang perkahwinan seperti yang dirancang.


DANNY (depan, kanan) bersama Amber dan pasangan yang memenangi hadiah khas sempena Karnival Perkahwinan 2012 di Sunway Carnival Mall.


"Saya gembira dan bersyukur, apatah lagi majlis bersejarah ini turut dihadiri keluarga oleh kedua-dua belah pihak," ujar Mohamad Fairuzzaine.

Kedua-duanya yang dipertemukan oleh rakan-rakan sebelum terbit bibit-bibit percintaan berhajat melafazkan ikrar cinta secara terbuka.

Meluah rasa cinta

Perasaan gembira turut dikongsi oleh Choo Jun Wei, 22, dan pasangannya Lee Shu Ping, 18, yang memberitahu mula berkenalan semasa keluar menonton wayang bersama rakan-rakan setahun lalu.

Menurut Jun Wei, beliau ingin meluahkan rasa kasih dan cinta serta meninggalkan detik manis kepada pasangannya.

Upacara penuh warna-warni itu turut disertai pasangan warga emas, Kim Yong Goom, 67, dan isterinya, Lee Seet Mooy, 64, yang melafazkan ikrar percintaan kekal abadi mereka setelah 39 tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran SCM, Amy Lee berkata, sebanyak 14 pakaian pengantin sumbangan beberapa butik turut dilelong dalam satu jualan amal bermula pada harga serendah RM10.

Katanya, hasil jualan berjumlah RM1,590 kemudian disumbangkan kepada Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Seberang Perai Utara.

"Pada hari kedua karnival ini pula, seramai sepuluh pasangan yang sedang bercinta untuk menyertai sebuah acara kuiz istimewa. Mereka itu dipilih daripada hasil soal jawab yang mereka sertai di laman sosial SCM.

"Mereka diajukan pelbagai soalan secara berasingan berkaitan pasangan masing-masing, pengalaman indah semasa bercinta bagi mencari pasangan yang paling secocok," ujar Amy.

Setelah diuji, Louis Tan, 28, dan kekasihnya, Jessc Teh, 25, diumumkan sebagai pemenang seterusnya berjaya membawa pulang sebentuk cincin berlian bernilai RM2,500 tajaan Vinstella.

Utusan Online - Johor

sumber :-

Utusan Online - Johor


Tolak usaha pecah belah rakyat

Posted:

Tolak usaha pecah belah rakyat

Tolak usaha pecah belah rakyat

Oleh ZULHISHAM ISAHAKutusanjohor@utusan.com.my

MUAR 4 Mac - Rakyat negeri ini perlu menolak usaha pihak pembangkang memecah-belahkan perpaduan masyarakat yang dilakukan semata-mata untuk memerintah negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, usaha tidak bertanggungjawab itu dilihat semakin membimbangkan akhir-akhir ini dan ia boleh menggugat perpaduan serta keharmonian antara kaum yang terbina sejak sekian lama.

"Hari ini kita lihat pihak tertentu masuk ke negeri ini dengan membawa perpecahan dalam masyarakat. Kita di peringkat negeri perlu berwaspada dengan cara sesetengah pihak yang mahu mendapatkan kuasa dan mentadbir negeri Johor.

"Mereka datang kononnya untuk menentukan masa depan kita dan diharap masyarakat sedar hal ini," katanya semasa berucap pada program Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Johor 2012 di Sekolah Menengah Vokasional Muar di sini semalam.

Berita Harian: Ratu

sumber :-

Berita Harian: Ratu


Singkir gemuk

Posted: 04 Mar 2012 05:02 PM PST

Ratu

Teknologi baru beku lemak, buang secara semula jadi

RASA rimas, tidak selesa dan tidak berhenti-henti merungut pastinya mengiringi apabila tangan dan mata menjadi saksi pengumpulan lemak degil yang jelas kelihatan di bahagian tubuh.

Selain rutin harian yang tidak sihat, penambahan usia serta kurang bersenam hanya memburukkan lagi keadaan badan. Rungutan diiringi persoalan "Apa lagilah yang harus dilakukan untuk menguruskan badan?" Itu belum lagi mengambil kira usaha menyekat menu makanan tetapi usahkan badan kekal lebar, harapan mendapat bentuk tubuh yang membolehkan badan muat sekurang-kurangnya baju bersaiz M, tinggal impian.

Jangankan jejaka, malahan sesama wanita pun pastinya rasa kagum dan cemburu melihat mereka memiliki badan yang molek. Punggungnya mantap, perut kempis dengan lengan yang halus, cukup lengkap penampilan itu.

Mujurlah, dengan adanya perkembangan teknologi kesihatan dan kecantikan bersepadu, sesiapa saja boleh kelihatan menawan dalam sekelip mata tanpa perlu menyekat selera atau, sebaliknya menjalani sesi bersenam atau diet yang ketat. Asalkan anda mempunyai wang membayar proses rawatan pengurusan yang ditawarkan di pasaran masa kini, kurus bukan lagi cabaran atau impian.

Menerusi teknologi inframerah atau pembakaran dan menyedut lemak, sesiapa saja mampu memiliki bentuk tubuh idaman. Namun, adakah proses dijalankan itu akan kekal berpanjangan disamping kesan sampingan yang bakal ditanggung oleh mereka melalui rawatan pengurusan itu?
Pakar kecantikan dan juga pemilik Dr Alice Total Wellness Specialist, Dr Alice Prethima memberitahu, setiap rawatan pembuangan lemak yang dijalani mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan apa yang lebih penting adalah keupayaan teknologi digunakan itu untuk menghalang pembentukan lemak.

Katanya, menerusi teknologi pembuangan lemak terbaru iaitu Coolsculpting yang mampu menyejukbekukan lemak yang tidak diingini di bahagian badan dapat disingkirkan secara semula jadi tanpa sebarang pembedahan yang merbahaya atau sebaliknya dikenakan kerahan yang menyakitkan tubuh untuk kekal langsing.

"Lemak dalam tubuh manusia boleh berkembang atau sebaliknya mengecut bergantung kepada genetik dan gaya hidup kita. Lemak bergerak ke seluruh badan apabila ia tidak digunakan dan lemak yang tidak digunakan boleh berkembang hingga sehingga ribuan kali saiz asalnya. Lazimnya lemak akan berkumpul di beberapa bahagian tubuh termasuk perut, peha, lengan dan belakang badan.

"Untuk menyingkirkan lemak, anda perlu mengamalkan amalan sihat dan membakar lemak yang terkumpul menerusi senaman. Namun, terdapat juga lemak degil yang sukar untuk disingkirkan walaupun puas anda mencuba.

"Menerusi rawatan insentif Coolsculpting yang tampil sebagai resolusi terbaru bagi proses penyingkiran lemak degil, mereka yang mementingkan penampilan dan kesihatan boleh cuba perbezaannya berbanding rawatan yang sedia ada di pasaran.

"Coolscupting adalah prosedur yang hanya menggunakan penyejukbekuan yang dipatenkan untuk menyingkirkan lemak dari bahagian yang tidak diingini. Hasil penyelidikan terbaru dari Hospital Besar Massachusetts di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa sel lemak mudah terjejas dan dimusnahkan dengan kesejukan.

"Tanpa sebarang kesakitan atau paksaan, lemak akan yang disejukkan akan mula kecut dan terus hilang menerusi proses yang dinamakan 'apoptosis. Badan secara semula jadi beransur kembali ke bentuk asal selepas ketebalan lapisan lemak berkurangan. Bagaimanapun, untuk memberikan hasil yang lebih berkesan, amalan gaya hidup dan bersenam juga memainkan peranan penting," katanya pada majlis perasmian Coolsculpting oleh ZELTIQ, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan NeoAsia (M) Sdn Bhd, Jimmy Ang; Pengurus Besar ZELTIQ, Asia Pasifik & Amerika Latin, James Hastings; pakar perubatan kosmetik, Dr Sutina Nordin dan pakar kulit Dr Khoo Chung Beng.

Dr Alice berkata, berbeza dengan kaedah pembuangan lemak yang lain, Coolsculpting adalah lebih ringkas, tidak menggunakan sebarang jarum, pembedahan yang membimbangkan atau sebaliknya waktu yang panjang untuk menjalani rawatan.

"Teknologi rawatan tanpa pembedahan lebih mudah dan ringkas. Prosedur yang biasanya mengambil masa selama satu ke dua jam ini tidak memperuntukkan masa yang banyak di samping ia juga bebas berbanding penggunaan mesin lain dan sebagainya. Prosedur ini juga didapati berkesan untuk menyingkirkan lemak di pinggang, perut dan belakang tubuh.

"Prosedur rawatan bagaimana hanya boleh dilakukan di klinik atau di bawah pengawasan mereka yang pakar. Sebelum rawatan bermula, pakar akan berbincang dan menjalankan analisis terhadap pesakit untuk mengenal pasti kategori dan jumlah sesi yang perlu dijalani mereka mengikut keadaan lemak yang dimiliki pada bahagian terpilih.

"Lazimnya, lemak yang dirawat akan berkurangan sehingga satu sentimeter dalam setiap rawatan yang dijalankan tanpa disedari pesakit memandangkan Coolsculpting langsung tidak memberikan tekanan terhadap proses penyingkiran lemak dan segala-galanya berlaku secara semula jadi," jelasnya.

Sambungnya lagi, rawatan yang ringkas dan tidak merbahaya itu juga membolehkan pesakitnya untuk kembali menjalani aktiviti normal tanpa sebarang pantang.

"Apa yang menariknya, Coolsculpting boleh dilakukan mengikut jadual anda tanpa memerlukan pantang dan anda boleh kembali kepada rutin harian walaupun selesai menjalani sesi rawatan.

"Bagaimanapun, hasil penurunan lemak bergantung kepada metabolisme dan keadaan kulit pesakit sendiri tidak kurangnya faktor usia dan amalan rutin harian juga memainkan peranan untuk memberikan hasil yang lumayan.

"Soal kesan sampingan selepas rawatan pula, bagi sesetengah individu, kulit mereka mungkin menunjukkan reaksi seperti kemerahan selama beberapa jam dan lazimnya ia hanya sementara," katanya.

Sehubungan itu, pakar aestetik itu juga berpendapat Coolsulpting adalah lebih selesa berbanding rawatan atau pembedahan pengurusan yang terdapat di pasaran termasuk inframerah atau laser yang banyak kesan sampingan termasuk kulit terbakar atau keselamatan peralatan yang digunakan.

"Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam dunia kecantikan, kebanyakan teknologi yang digunakan untuk membakar lemak adalah menerusi proses pemanasan termasuk laser dan inframerah.

"Tindak balas teknologi dan pembedahan yang menggunakan cahaya sedemikian lazimnya meninggalkan kesan yang tidak selesa terhadap pesakit dan mereka terpaksa berehat untuk tempoh pemulihan. Tidak hanya itu, pesakit juga terpaksa berhadapan dengan kesan yang tinggal selepas menjalani pembedahan.

"Berbeza pula dengan teknologi Coolsculpting, ia buka saja ringkas dan menyenangkan, tapi hasilnya adalah jauh lebih berkesan tanpa sebarang kesakitan," katanya.

Lemak tingkat risiko penyakit kronik

PENGUMPULAN lemak pada pinggang biasanya lebih ketara dengan peningkatan usia, terutama selepas menopaus. Selepas menopaus, lokasi pengumpulan lemak berpindah daripada di bawah lengan, paha dan pinggul ke pinggang.

Berita baiknya, tidak kira apa pun bentuk badan, apabila anda bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan, bahagian paling cepat susut dan hilang ialah lemak di pinggang. Lemak pada bahagian lain akan menyusul kemudian.

Mengapa perlu hilangkan lemak di pinggang? Lemak di pinggang atau kegemukan sentral (tengah) adalah petanda kurang baik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Lemak ini dipanggil lemak viseral. Cuba cubit lemak di pinggang anda. Lemak yang boleh dipegang ini dinamakan lemak subkutaneus iaitu lemak di bawah kulit. Lemak viseral ialah lemak yang kita tidak dapat lihat; yang terkumpul di keliling organ.

Orang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak yang mengisi ruang di antara dan mengelilingi organ. Ia perlu 'dihilangkan' kerana boleh menjejaskan fungsi organ dan dalam kes serius, ia menyebabkan organ gagal berfungsi.

Lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga menggelarnya 'lemak pembunuh'.

Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain. Lemak viseral meningkatkan risiko untuk mendapat:

* Penyakit jantung
* Kencing manis
* Sindrom metabolik
* Masalah pundi kencing
* Tekanan darah tinggi
* Kanser usus
* Merangsang keradangan
* Dikaitkan dengan proses salur darah sumbat dan mengeras (menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung)

Elak belenggu hutang

Posted: 04 Mar 2012 04:57 PM PST

Ratu

ANTARA peserta Bengkel Urus Wang, Urus Hutang anjuran PPLI.

ANTARA peserta Bengkel Urus Wang, Urus Hutang anjuran PPLI.

Boros, bazir kad kredit dan silap rancang kewangan undang muflis

MEMILIKI 11 kad kredit dalam satu masa! Akibatnya, apabila tiba masa untuk membayar, pening kepala dibuatnya. Tanpa sedar, perbelanjaan dibuat menghimpunkan hutang yang bertimbun sehingga terpaksa membuat pinjaman lain untuk membayarnya.

Mungkin ada yang tidak percaya, ada individu memiliki kad kredit sejumlah itu, tetapi hakikatnya itulah antara corak pengurusan wang dan hutang kalangan segelintir masyarakat di negara ini. Pengarah Pusat Perundingan dan Latihan (PPLI), Institut Kefahaman Islam Malaysia, (IKIM) Siti Fatimah Abdul Rahman, berkata penggunaan kad kredit lebih daripada satu seolah-olah menjadi aliran pada masa kini.

Fatimah berkata, memiliki kad kredit lebih daripada satu dan menggunakannya berbelanja tanpa kawalan atau perancangan boleh menyebabkan individu itu dibebani hutang. Lebih membimbangkan, hutang ditanggung tidak terbayar kerana jumlahnya terlalu tinggi dan pemilik tidak menyedari jumlah perbelanjaan dibuat.

"Mempunyai kad kredit tidak salah, malah ada kebaikan tertentu, tetapi cara individu menggunakan perlulah secara bijak dan berhemah. Walaupun kewujudan kad berkenaan untuk membantu memudahkan urusan, ia sewajarnya tidak digunakan sesuka hati," katanya ketika ditemui pada Bengkel Urus Wang, Urus Hutang anjuran PPLI di ibu negara, baru-baru ini.

Siti Fatimah yang membincangkan tajuk, Urus Wang Hati Senang berkata, lebih membimbangkan kesan jangka panjang yang mungkin boleh timbul akibat penggunaan kad kredit tanpa perancangan dan kawalan ialah jika individu itu diisytiharkan muflis.
Malah, katanya sudah pun terdapat paparan di dalam media sebelum ini yang melaporkan, ramai belia di negara ini muflis sebab menanggung bebanan hutang kad kredit, tidak mampu dilunaskan.

"Sepatutnya, kita berhutang untuk perkara yang perlu saja. Jumlah bayaran bulanan bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit seharusnya tidak boleh melebihi sepertiga dari gaji kasar. Tetapi apa yang berlaku pada masa kini disebabkan kad kredit senang dapat dan mudah digunakan di mana-mana, hampir semua perbelanjaan atau cara pembayaran menggunakan kaedah itu. Hatta, hendak menonton wayang pun menggunakan kad kredit kerana tempahan tiket boleh dibuat melalui online," katanya turut mengingatkan membayar hutang satu kewajipan dalam Islam.

Siti Fatimah berkata, hasil kajian pernah dilakukan pada 2006 yang membabitkan 100 responden wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun mendapati, semua responden mengakui mempunyai bajet, membuat simpanan tetap dan perlu membayar ansuran hutang.

"Namun, rata-rata responden tidak mengutamakan simpanan tetap kerana simpanan dibuat tidak cukup jumlah yang disarankan iaitu 10 peratus daripada pendapatan diperoleh. Begitu juga ansuran hutang ada yang perlu bayar dalam jumlah besar sehingga mencapai 50 peratus daripada pendapatan. Sedangkan jumlah yang disarankan ialah hanya satu pertiga daripada gaji. Jika terlalu banyak berhutang, bila masa individu itu hendak menyimpan," ujarnya.

Siti Fatimah berkata, corak perbelanjaan yang membazir antara wanita dan lelaki, umumnya tiada perbezaan. Jika wanita lebih banyak menghabiskan wang berbelanja untuk keperluan gaya hidup seperti kosmetik dan barangan koleksi fesyen, lelaki pula dilihat menjurus membeli barangan seperti gajet dan berkaitan dengan hobi yang mana barangan seumpama itu lazimnya, mahal harganya.

Katanya, lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan yang wajar diambil kira iaitu menilai kedudukan kewangan sekarang, menetapkan matlamat, menyediakan pelan kewangan; melaksanakan pelan berkenaan dan memantau serta menilai semula.

Katanya, bagi memastikan individu dapat menguruskan kewangan yang baik, ia perlulah dididik dari kecil dan turut mencadangkan, cara pengurusan kewangan diajar dan didedahkan di peringkat sekolah melalui sistem pembelajaran bersesuaian.

Sementara itu, Fellow Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM, Azrina Sobian, yang membincangkan tajuk, Urus Hutang, Hidup Tenteram, berkata hutang ibarat mata pedang yang boleh menghiris hidup individu sedikit demi sedikit jika tidak pandai menguruskannya.

Azrina berkata, apa pun yang penting, apabila seseorang itu berhutang mestilah ada niat untuk membayarnya semula, tidak kira sama ada berhutang dengan institusi kewangan, rakan mahupun adik-beradik.

Katanya, sama ada bayar cepat atau lambat, bukan persoalan tetapi yang pasti setiap pinjaman hendaklah dilunaskan dan perlu yakin hutang berkenaan boleh diselesaikan.

"Hentikan buat hutang baru yang tidak diperlukan dan elakkan diri terjerumus dalam lingkaran hutang. Dalam menjalani kehidupan, individu disarankan sentiasa berdoa memohon kepada Tuhan supaya dijauhkan dengan hutang. Jika boleh carilah ilmu pengurusan hutang dan kewangan," katanya.

INFO:

Lapan tip membayar hutang:

1. Bayar hutang anda sebaik saja anda mendapat wang pinjaman.
2. Lebihkan sedikit bayaran bulanan.
3. Bayar sebelum tarikh matang.
4. Bayar pinjaman apabila ada lebihan wang.
5. Kekalkan bayaran yang sama apabila kadar faedah turun.
6. Tingkatkan bayaran bulanan apabila gaji atau pendapatan naik.
7. Jual barang terpakai dan guna wang untuk bayar pinjaman.
8. Biayai semula pinjaman dengan bank yang tawar faedah lebih rendah.

Tips apabila hadapi masalah kewangan:

* Kurangkan perbelanjaan sara hidup
Contoh: rokok, menonton wayang, majalah/komik, pakaian berjenama yang mahal dan sebagainya.

Kurangkan berhutang

* Tinggalkan kad kredit di rumah
* Tambah pendapatan
* Cari sumber pendapatan yang lain tetapi dengan syarat:
* Tidak perlu keluar simpanan yang banyak
* Jangan tambah perbelanjaan sara hidup
* Tekad enggan tambah hutang baru

FAKTA

Bahana hutang:

* 1.2 juta orang kakitangan awam di negara ini berhutang menyebabkan ada di antaranya membawa pulang hanya 40 peratus saja daripada gaji mereka setiap bulan.

* Pada tahun 2009, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis yang mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

* Kumpulan berpendapatan sederhana dan bawahan adalah paling ketara berhutang, setidak-tidaknya membuat pinjaman rumah atau kenderaan atau pinjaman peribadi.

* Dianggarkan lima peratus kakitangan awam terpaksa bekerja sambilan. Misalnya, daripada 20,000 pemandu teksi di Lembah Klang ini 10 peratus adalah kakitangan awam yang melakukan secara sambilan.

* Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2010 menunjukkan isi rumah di Malaysia menggunakan 48 peratus dari gaji mereka untuk bayar hutang.